Kakak Tampil Cerita Kisah Adik Di Sebalik Kostum Minon Viral Di Pantai Teluk Cempedak

Pernah tak lalu dekat FYP korang tentang gelagat minion yang tak pernah tak menghiburkan di Pantai Teluk Cempedak? 

Yang pernah min nampak dia berlari laju sebelum tersungkur. Tak pun terlanggar pokok. Atau tengah berhealing menghadap pantai walaupun tanpa ‘kerusi healing’. 

Pernah tak korang tertanya siapa lah agaknya individu di sebalik kostum tersebut? Sebab video pun dah banyak kali FYP, teringin juga tengok muka yang suka menghiburkan orang ni kan.

Dalam satu sharing di TikTok, ada yang sempat merakam momen semasa Minon viral tersebut membuka kostumnya. Disebalik kostum tersebut, rupanya ada seorang remaja lelaki yang sering menghiburkan orang ramai dengan gelagatnya.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, kakak kepada remaja tersebut memberitahu bukan keluarga mereka tidak peduli, tetapi adiknya gembira dapat menggembirakan orang sekeliling tidak mahu menyusahkan keluarga.  

Video: @mdhaniff_

Kalau korang nak bergambar nanti bolehlah berikan sumbangan seikhlas hati dekat mereka okey?

Kredit gambar utama: @aisbatuuuuuuuu, shimahamzah92, @mdhaniff_

Raja Lepak

Read Previous

Lebih 50 Promosi Menarik & Percuma Untuk Yang Keluar Mengundi Sabtu Ini!

Read Next

Bilik Kepam, Bekas Makanan Bersepah, Wanita Dilema Bila Tahu Tunang Pengotor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *