Dah 10 Tahun. Tapi BTS Babak Sampan Tenggelam Pee Mak Masih Bikin Pecah Perut

Sedar tak sedar, dah nak masuk 10 tahun dah sejak pertama kali filem komedi seram Thailand ditayangkan. Pernah jadi fenomena, siapa sangka juga sebenarnya filem ni sentiasa evergreen komedinya.

Baru-baru ni, di TikTok viral tentang behind the scene babak yang paling kelakar dalam filem ni iaitu babak yang mana lima orang ni atas sampan yang dah dimasuk air. Pendayung pun hilang. Dan masa nilah pulak masing-masing baru tahu yang Nak yang cantik tu bukan manusia.

Babak ni lejen sebab dalam masa cemas tu bukan-bukan dah perangai masing-masing! Pecah perut tengok weh.

Nampak macam senang je babak ni, tapi korang tahu tak babak sampan ni je ambil masa 4 hari? Dibuat di sungai sebenar tanpa CGI, shooting jadi huru hara kena pula masa dalam air tu tiba-tiba ular buat kemunculan!

Dia punya behind the scene lagi kelakar dari babak sebenar. Huru hara sampai sampan terbalik dan semua terjatuh ke dalam air.

Korang boleh tonton sendiri behind the scene babak sampan ni. Kejang perut uihh.

Video: GVPictures

Raja Lepak

Read Previous

Ini 100 Kod Rahsia Untuk Unlock Hidden Movies Di Netflix

Read Next

Misteri Kondo Mewah Kini Dah Terbiar Lebih 20 Tahun Di Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *