Selama ni hanya tahu on off aircond then turun naikkan suhu je. Nak pulak bila aircond jenis centrelize, duduk rumah pulak biasa guna kipas je. Dengan keadaan cuaca yang makin panas ni, ramailah yang dah mula survey nak beli aircond kan.
Jom, ini info penting buat korang yang nak pakai aircond. Kalau nak tahu, guna aircond ni sebenarnya boleh je jimatkan elektrik. Dengan cara hanya pilih setting mode je.
Biasa kalau musim panas, hanya 2 mode ni digunakan, iaitu cool mode dan dry mode. Untuk mudah faham, ini kesimpulan beza dua mode ni.
Cool mode:
- Membuang haba dari persekitaraan
- Tahap tahap humidity tidak berkurang
- Pengunaan tenagan elektrik maksima bergantung pada tetapan A/C
- Sesuai digunakan semasa suhu tinggi dan ingin mendapatkan tahap thermal comfort
Dry mode:
- Mengurangkan tahap humidity di dalam udara
- Tahap moisture berkurang
- Pengunaan tenaga minimum
- Sesuai digunakan bila tahap thermal comfort telah dicapai namun tahap humidity masih tinggi
- Boleh menjejaskan kesihatan dan merosakkan peralatan/kelengkapan rumah sekiranya paras humidity menurun di bawah tahap yang sepatutnya.
Tapi kalau korang nak penjelasan lanjut, boleh baca perkongsian Services Aircond ni. Memang jelas tau.