‘Kesian Dapat Laki Tak Guna’, Aksi Laki Siku Isteri Atas Motor Buat Netizen Bengang

Isu keganasan rumah tangga memang bukan satu isu baru dalam masyarakat. Setiap hari ada je kes yang dilaporkan.

Dan mengikut data, kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan pada tahun lepas naik hampir 2,000 kes jika dibandingkan pada tahun 2020 iaitu masing-masing berjumlah 7,468 dan 5,260.

Dan baru-baru ni viral video dari dashcam sebuah kereta yang rakam aksi suami siku isterinya masa menunggang motor. 

Bukan sekali tapi dua kali! Dengan anak kecil yang berada di tengah keduanya. Itu yang kita nampak, yang kita tak nampak agaknya macam mana. 

Ingat ye para lelaki, isteri bukan punching bag yang boleh korang siku, tolak sesuka hati. Ada masalah, bincang elok elok.

Jika anda mangsa keganasan rumah tangga, jangan berdiam diri dan terus menjadi mangsa. 

Buat laporan di:

  • talian Teledera 1 800 88 3040,
  • balai polis berhampiran, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan atau 
  • terus rujuk ke hospital berhampiran sekira dicederakan.

Raja Lepak

Read Previous

Boleh Menang TV 55 Inci, Tahun Ni Raya Sakan Dengan Free Gift & Diskaun Menarik Barangan Elektronik Xiaomi

Read Next

Asalnya Daripada Pantun Tapi Diedit, Ini Kisah Disebalik Fenomena ‘Burung Puyuh Burung Ketut’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *