Pernah Viral Bagi Selipar & Segelas Air Sebagai Mas Kawin, Pasangan Ini Bergaduh Di Sosial Media Lepas Setahun Sebab…

Korang ingat lagi tak kes yang pernah viral masa Malaysia dalam PKP dulu? Yang mana pasangan ni berkahwin dengan pemberian mas kawin yang rare?

Selipar dan segelas air. Memang ramailah yang macam tabik sebab perempuan ni terima seadanya mas kawin yang diberikan kepadanya.

Tapi tulah jodoh tak panjang, rupanya mereka ni dah bercerai disebabkan perangai curang. 

Yang si suami mendakwa isteri dia ada hubungan sulit dengan 4 lelaki lain dan dia merupakan mangsa kelima. Tapi si isteri menolak dakwaan tersebut dan mendakwa yang si suami mula curang dahulu.

Dan si isteri ada juga beritahu, dia ada meminta si suami datang ke rumah untuk berbincang secara baik dan jangan bercerita dekat media sosial. 

Khabar terbaru, keduanya dikatakan dah berkawin semula dengan calon pilihan hati masing-masing. 

Apa-apa pun, kita doakan semoga perkahwinan kali ni berkekalan hingga akhir hayat. Dan semoga perselisihan faham ni boleh diselesaikan dengan cara baik.

Info: Tribunnews

Read Previous

Bengang Perangai Pemandu Myvi Selamba Buang Sampah Merata, Orang Awam Campak Balik Masuk Kereta Dia

Read Next

Saja Cari Penyakit, Gurauan Cabut Stereng Punca Kereta Wira Ni Terbabas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *