Bermula dari Train to Busan, korang perasan tak trend cerita zombie lepas tu. Makin banyak pula yang keluar kan?
Tapi beberapa hari ni, satu kajian saintis mendedahkan ada satu jangkitan aneh yang dipanggil CWD (Chronic Wasting Disease) akan melemahkan dan sangat mudah berjangkit telah merebak dekat populasi rusa di kawasan Barat Kanada.
Malah, saintis juga mendakwa yang ia boleh menjangkiti pemburu, pengendali bangkai atau pemakannya.
Walaupun setakat ni tak ada kes yang direkodkan pada manusia, tapi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS mencadangkan kalau rusa tu diambil pada kawasan yang terdapatnya virus ni perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum dimakan.
Kalau korang nak tahu, CWD ni perlukan masa sekurangnya 2 tahun tau untuk rusa tunjukkan simptom yang dia dijangkiti. Bayangkan rusa tu bergerak normal dan buat aktiviti seharian dia macam biasa, rupanya tanpa sedar tengah sebar virus.
Risau betul bila baca benda ni. Harap kita semua selamatlah di bawah lindungan Tuhan.
Video: YouTube HuffPost
Kredit gambar utama: Vitality Anokhin via unsplash.com