Waze ‘Scam’ Pemuda, Nak Cari Stesen Minyak Dihantarnya Ke Pejabat

Perangai Waze ni kadang-kadang boleh tahan juga. Masa kita urgent, nak cepat. Masa tu jugalah dia ajak bergurau. Memang sengaja cari pasal.

Macam yang lelaki ni kena, minyak yang ada dalam tangki boleh lepas jalan 6km je, Wazelah ke Petron. Sekali bukan dibawanya ke stesen minyak, tapi Pejabat Urusan Petron.

Ah, sudah. Menggelabah jugalah dibuatnya. Nak pulak kalau tempat tu memang tak pernah lalu. Pisyang mat! Minyak dah nyawa-nyawa ikan ni…

Ada yang persoalkan kenapa tak cari je stesen minyak berdekatan. Katanya, dia sebenarnya dah sampai pun Shell. Tapi demand nak cari Euro 5. Sekali waze Petron, ambik terus HQ dihantarnya. 

Rasa macam kena scam pun ada. Aduhai, Waze Waze. Saja je tau. 

Gelabah ayam kita pun kalau dalam situasi tu.

Video: @ayahchik__

Read Previous

Netizen Aneh Bila Tengok Ikan Tapi Dengan Sepit Ketam

Read Next

Netizen Seram Dengar Rakaman Momen Pontianak Mengilai Dekat Terowong Masa Tengah Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *