Malaysia sekarang ni makin banyak taman tema yang dibuka. Antara yang tengah hot sekarang ni ialah Genting Sky Worlds. Hujung minggu memang penuh orang beratur nak masuk dalam.
Dan katanya menjelang 2026, akan ada satu lagi taman tema bertaraf dunia yang akan dibina dekat Malaysia ni. Iaitu lokasinya terletak di Melaka yang dijangka mampu menarik 5 juta pengunjung setiap tahun dengan keluasan berjumlah 14.58 hektar.
Menurut Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, taman tema ni akan jadi pesaing kepada taman tema Genting.
Fuh, lain macam je kan? Rasa macam tak sabar pulak nak tengok apa hasilnya di Pulau Satu Melaka Gateaway 4 tahun dari sekarang.
Btw, sebelum Taman Tema Melaka bertaraf dunia ni siap, korang dah sampai ke belum dekat Genting SkyWorlds? Katanya memang rasa macam dalam dunia lain je bila masuk sini.
Ku belum sempat singgah lagi. Asal nak singgah je ramai orang. Terus terbantut hasrat nak masuk.
Nak tengok perancangan tentang taman tema ni, korang boleh layan video Melaka TV.