Sorok Lauk Bawah Nasi, Konten Lelaki Ini Tak Disenangi Netizen

Zaman belajar memang akan ada momen ikat perut tak makan kan? Sebab duit elaun habis atau pun nak digunakan untuk beli barang keperluan belajar.

Nak makan sedap-sedap, kena fikir doploh kali jugalah sebab dengan harga makan sedap boleh tahan untuk makan seminggu kadang tu.

Ada juga yang buat perangai, nak makan sedap tapi kena bayar sikit. Caranya sorok lauk bawah timbunan nasi. Bila anne kira, haa dia kira murah la sebab tak tahu bawah nasi tu sebenarnya ada lauk.

Seorang lelaki teruk dikecam bila buat konten macam ni dekat TikTok. Walaupun ia hanya konten yang beliau berlakon je, masih ramai yang kecam dan nasihatkan yang perbuatan tu boleh bawa kepada status makanan menjadi haram kerana penipuan.

Husnuzon jelah. Dia buat konten tu nak menganjing orang yang pernah buat macam tu je. Walaupun sesak, korang jangan tiru. Kita ambil sekadar yang kita mampu je. Okeh?

Kredit video: @mizanejan_

Raja Lepak

Read Previous

Orang Cina Pun Tak Faham, Gelagat Abam Grab Ni Buat Netizen Berdekah

Read Next

Plot Twist Kata Motivasi Untuk Mereka Yang Lalui Hari Buruk Ini Bikin Dekah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *