Aksi Cikgu Selamba Campak Telefon Pelajar Dalam Api Buat Netizen Bengang

Zaman sekarang ni, memang dah macam keperluan semua orang perlu ada smartphone. Termasuklah golongan pelajar. Sampaikan ada sekolah yang benarkan untuk bawa telefon ke sekolah dengan syarat tertentu.

Tapi, ada juga sekolah yang masih larang student dia bawa smartphone ke sekolah. Kalau terkantoi… Haa pandai pandailah hadap kesannya.

Cuma satu video hukuman kepada student yang tular baru ni jadi viral sebab cikgunya bukan setakat rampas je, tapi siap campak dalam api lagi tu. Fuh, memang mencabar minda dan emosi betul.

Walaupun berlaku dekat Indonesia, tapi rata-rata netizen Malaysia yang tengok memang bengang sebab tak puas hati dengan hukuman tersebut. Cukuplah sekadar rampas dan bukannya bakar macam ni.

Siap ada bunyi orang gelak lagi dalam video tu. Hmm. Kelakar ke tu?

Beli bukan pakai daun, yoeb!

Video: @theonlyizzah

Raja Lepak

Read Previous

Life Hack Next Level, Perangai Gadis Masak Nasi Baru Sebelah Nasi Lama Buat Netizen Kembang Tekak

Read Next

Terpaling Lejen, Peminat Teruja Wahid Senario Buat Comeback Tayang Skill Tebar Roti Canai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *