Dalam pemilihan rumah sewa atau bilik sewa, selain daripada kemudahan yang disediakan, kita juga akan tengok harga sewanya kan? Berbaloi ke tak nak menyewa dengan apa yang diberikan.
Cuma iklan rumah sewa yang ni memang tak masuk akal sebab harganya dah macam nak pergi haji balik hari. Sedangkan ia rumah flat PPR. Dahlah dengan kosongnya tak ada perabot, tetap disewakan dengan harga RM1,400.
Bayaran pendahuluan deposit sewa, deposit bil air, bil api total kena bayar sebelum masuk dekat RM5,100 jugak. Fuh!
Harga sewa dah setaraf kondo. Landed pun boleh dapat ni. Tapi dalam tu tak ada apa pun, tu yang netizen bengang. Kalau fully furnished, sejuk sikitlah hati tu kan?
Memang cekik darah dan ambil kesempatan betul tuan rumah. Sebabkan geram, ada netizen yang bengang siap ada yang doakan rezeki tuan rumah/agen ni disempitkan supaya tak ada orang yang tak berkemampuan ditindas.
Hmm, harap yang letak harga sewa sampai tak masuk akal ni insaflah dan kembali ke jalan yang benar selepas berbakul-bakul dikecam netizen.