Trend Nasi Paku, Unik Tapi Bahaya. Peniaga Boleh Dikenakan Tindakan

Tak ada pasal, jangan cari pasal.

Sebab nak tampil unik dan lain daripada lain, ada peniaga makanan yang akan come out dengan idea yang luar biasa.. Tak kisahlah dari segi menu, atau pun penyediaan pembungkusan, apa apa jelah yang boleh tarik perhatian pelanggan.

Tapi ingat, janganlah sampai membahayakan.

Macam trend bungkus nasi guna paku ni. Memang femes, tapi kalau nak tahu ia sebenarnya adalah food hazard yang boleh membahayakan nyawa pengguna iaitu pelanggan lah. 

Sampaikan ada kes budak terpaksa dibedah secara kecemasan dek kerana tertelan paku yang digunakan. Mula-mula sakit perut dan menangis tak henti, bila discan, ada paku weh. Aduhai.

Korang kalau jumpa penjualan makanan yang membahayakan, bolehlah report ke Pejabat Kesihatan berdekatan.

Sumber: Public Health Malaysia

Dan peniaga ingat, kalau korang buat food hazard, korang boleh dikenakan tindakan bawah Akta Makanan 1983 tau.

Jangan main-main.

Raja Lepak

Read Previous

Dah Macam Ketam, Ini Rupanya Sebab Kenapa Bas Ada Yang Nampak Senget Bila ‘Jalan’

Read Next

Tengah Syok Berenang, Ada Pulak ‘Angry Bird’ Terlepas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *