Tak Payah Pergi Oversea Nak Main Salji, Genting Pun Ada

Korang berjalan mana je musim hujan ni?

Walaupun hujan, ada yang tetap gigih pergi bercuti dekat tempat-tempat sejuk macam Genting Highlands, Cameron Highlands & Bukit Fraser. Masa ni memang merasalah macam ala-ala dekat luar negara.

Tapi korang kan, viral betul pasal salji turun dekat Genting Highlands tu kan? 

Walaupun bukan salji betul, tetaplah kita ni terasa teruja lagi-lagi kalau tak pernah merasa ke luar negara masa musim salji. Nak pulak musim nak sambut Krismas ni, terasalah meriah dia. 

Kalau korang pun terasa nak feeling-feeling berdrama ala Winter Sonata, bolehlah datang bercuti dekat theme park Genting Sky Worlds ni. Sebab sampai 2 Januari 2022, masuk adalah percuma!

Menarik kan? Tapi jangan datang pagi. Dorang 4pm baru nak bukak sampailah ke tengah malam.

Apa-apa pun, tetap stay safe okey. Korona ni belum habis lagi.

Sumber video: @pedzulkefli

Read Previous

Bapak Sampai Koma Tengok Tangan Anak Dibaham Singa

Read Next

Tak Pasal Bezza Kena Sound Bodoh Dengan Abang Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *