Uiyo, Lepas Ni Boleh Guna Fingerprint Je nak Start Motor

Sekali seumur hidup, mestilah geng motor ni pernah tertinggal mana-mana kunci motor tu. 

Kadang dah sampai parking motor, eh kunci motor dekat atas meja ofislah, atas meja rumah lah. Jenuh kena pi naik balik. Kalau kena panjat tangga, itu lagi sadis.

Agaknya sebab tu kot bro ni modified motor Yamaha RXZ ni siap ada function fingerprint, macam dekat fon pulak. Sebagai pengganti kalau kes kes tertinggal kunci nilah.

Yang bestnya sama je macam fon, cap jari yang berdaftar je boleh start enjin motor guna kick start. Kalau tak berdaftar, kau pergilah cari kunci sana nak buka macam biasa.

Nice jugak kan elakkan motor kena pinjam dek kawan yang tak bertanggungjawab tu. Nak pulak lepas guna tak reti isi minyak balik. Aik, berbulu je kita pandang dia.

Korang boleh tengok brother ni modified motor RXZ ni dekat sini: https://www.facebook.com/tokanhelmet/videos/750460779207547/

CT percaya, tak lama lagi nanti mesti ada pulak yang jenis face ID tu. Pergh, lagi nice.

Read Previous

Dewan Tengah Terbakar, Tapi Member Ni Rilek Je Makan Kenduri

Read Next

Netizen Geli Hati Dengar Cerita Milo Pasir Pun Kena Rembat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *