Jangan Berani-Berani Kutip Duit Yang Korang Jumpa Dekat Tempat Yang Fishy

Ada orang yang memang jenis asal ada duit, orang tak nampak. Habis dia kutip duit tu. Tak kisahlah amaun nya berapa pun. Walaupun orang tak nampak, jangan lupa Tuhan sentiasa nampak tau.

Pasal kutip duit ni kan, CT ada terbaca yang korang tahu tak perangai ni sebenarnya boleh bawa mudarat. Okey, memanglah habit ‘mencuri’ akan mula dipupuk jugak, tapi tahu tak yang kadang-kadang ada yang sengaja je letak duit tu kat situ sebagai bahan sihir.

Ye. Harap lepas baca salah satu sharing yang dikongsikan dekat FB ni kita jadi buka matalah.

Kata Are Fiq, dia selalu sangat jumpa duit yang diselit dekat keliling rumah dia. Ada dekat kawasan compressor aircond luar rumah, dekat tempat ikan, dan dalam peti surat pun ada. Bila dah buang, mesti ada je balik.

Tak tahulah siapa nak khianat, tapi dia pesan kalau jumpa syiling depan rumah pun jangan kutip. Kalau dah kutip, dan benda tu sebenarnya sihir. Memang meranalah satu badan.

Kalau korang jumpa benda-benda gini, rasa diri tak ada keyakinan jangan sentuh. Teruslah buang dan amalkan doa pembatal sihir.

Moga kita semua dilindungi. Risau dengan hasad dengki orang sekarang.

Sumber: FB Are Fiq

Read Previous

Wanita Ceraikan Diri Sendiri Lepas Jumpa Cinta Baru

Read Next

Yang Dewasa Pun Gigih Menyelam Rak Hot Wheels Dekat Toy R Us Pavi Bukit Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *