Badan Dah ‘Rompong’ Diserang Tapi Jerung Ni Masih Boleh Bertahan

Viral betul gambar seekor jerung yang dah rompong badannya ni dekat media sosial sekarang.

Okey, kalau korang nak tahu keadaan jerung ni adalah disebabkan ia diserang beberapa ekor daripada kumpulan pemangsa yang diantaranya ada jerung lembu dan beberapa yang lain beratnya dianggar dalam 300-400 kg macam tu.

Jerung dari spesis jerung hitam ni baru je dilepaskan ke laut oleh saintis dekat kawasan Laut Hindi dan akibat serangan tersebut, hampir separuh jugak bahagian bawah badannya hilang.

Tapi jerung tu tak mati macam tu je tau. Semangat juang dia sangat kuat untuk hidup dan mampu bertahan kira-kira 20 minit sebelum mati.

Menurut seorang saintis, Dr Lebtrato, jerung makan jerung adalah benda biasa tapi susah untuk difilem dan didokumentasikan. Sebab tu bila rakaman ni berjaya dirakam, ramai yang terperanjat.

Sumber imej: The Sun

Read Previous

Trend Pacak Khemah Dekat Parking Lot Genting Bikin Netizen Panas

Read Next

Fuh, Hotel Singapore Ni Jual Semangkuk Nasi Sampai RM25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *