Ingatkan Aiskrim, Rupanya Realiti Di Sebaliknya Buat Netizen Terkedu

Masa mula-mula CT tengok gambar ni, memang tak terfikir langsung yang ini bukan aiskrim. 

Yang CT terbayang, wah meriahnya warna aiskrim dia. Tapi apasal dia letak luar? Bukannya dalam peti ais?

Rupanya lepas baca kisah ni barulah CT tahu yang ini memang bukan aiskrim korang. Ini ialah bahan keperluan rumah/harian yang dijual dalam kuantiti sikit. 

Ada yang share yang ni adalah pemandangan biasa kalau dekat kawasan Sabah, yang mana setiap satu plastik dijual dengan harga 20 sen sahaja.

Dalam tu ada sabun pencuci pinggan, sabun basuh kain, kicap, minyak dan sebagainya untuk orang yang tak mampu beli barang-barang ni dalam kuantiti yang banyak.

Terima kasih Muhamad Ashari sebab share benda ni. Inilah realiti yang perlu kita tahu. Moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang bersyukur. 

Raja Lepak

Read Previous

Dokumentari Kisah 11 Ahli Keluarga Ditemui Tergantung Bakal Buat Korang Seram Sejuk

Read Next

Netizen Terhibur Tengok Pakcik Baru Nak Feeling Keluar Light Saber Sekali Isterinya Panggil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *