Kalau dulu CT ada share pasal orang pergi PPV dengan stail gaya nak pergi mandi, gaya OOTD hantu dan macam-macam lagilah.
Tapi baru ni viral pulak satu geng ni masuk PPV macam nak merompak, sebab OOTD dorang macam OOTD kumpulan dalam siri Money Heist.
Yelah, sekarang ni kan tengah hot siri baru Money Heist. Orang-orang pun banyak share watak apa yang dorang minat dan apa pandangan dorang pasal siri baru ni.
Mungkin nak tunjukkan semangat menonton, tu yang masing-masing datang dengan pakai uniform merah geng Money Heist.
Yang menarik, bukan setakat baju je, dengan muka pun dorang tutup dengan topeng muka ikonik dalam siri.
Walaupun OOTD macam penjenayah nak merompak, tapi dorang ni bagus sebab masih ikut SOP yang ditetapkan dan sabar tunggu giliran untuk dapatkan vaksin. Tak serbu terus atau pun pergi merompak.
Memang kreatif kan orang Malaysia ni. Korang pergi PPV pakai apa pulak? Ada ke yang kreatif macam ni?
Kredit: @iliyapengyou