Intro Guna Lagu Remix Azan, Rancangan Korea Dikecam

Isu laungan azan digunakan sebagai lagu memang dah banyak kali jadi dekat luar negara. 

Kalau korang peminat hiburan K-pop, ni CT nak bagitahu yang sekarang ni ada isu hangat yang tengah diperkatakan dekat sosial media. 

Iaitu satu rancangan Korea Selatan, Street Woman Fighter gunakan laugan azan yang dah diremix sebagai intro song rancangan.

Mula-mula tu memang tak dengar sangat. Tapi kalau korang dengar beberapa kali dengan teliti, memang akan perasan.

Korang boleh dengar dekat IG @izzatielya.official ni.

Penggunaan ni dah tentulah bukan sahaja buatkan peminat K-pop yang beragama Islam marah, tapi juga yang daripada mereka non-muslim sebab bagi mereka, ia adalah satu tindakan yang sangat tak menghormati agama lain.

Trendingnya benda ni sampai wujudlah #MnetAppologize yang menuntut pihak produksi iaitu Mnet memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan.

Dan Mnet pun dah minta maaf dengan memaklumkan yang mereka tak sedar ‘lagu’ yang digunakan tu sentuh sensitivity agama. Rupanya remix yang digunakan adalah milik kumpulan Losers yang dah diterbitkan sejak 2013 lagi.

Raja Lepak

Read Previous

Siapa Pernah Kena, Bawa Makanan Pergi Jamuan Kelas Tapi Tak Ada Yang Makan?

Read Next

“Rompakan Vaksin Ke Ni?” Gaya Geng Pergi PPV Dengan Kostum Money Heist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *