Panik Kena Kejar Anjing, Rider foodpanda Terbabas Rempuh Pagar Rumah Orang

Bergelar rider, banyak cabaran yang kena dilalui. Bukan setakat perangai customer yang kadang-kadang menyakitkan hati atau pun cuaca yang kadang-kadang sukarkan kerja-kerja delivery dibuat, tapi juga daripada segi gangguan haiwan.

Macam yang viral baru-baru ni, seorang rider foodpanda wanita secara tiba-tiba mandu meluru sehingga melanggar pagar rumah orang awam. 

Dikatakan punca rempuhan adalah disebabkan beliau kena kejar anjing sampai hilang imbangan.

Kejadian ni disaksikan dua orang wanita yang ada dalam rumah tersebut. Dorang pun terkejut dan nasib baik jugaklah keduanya jauh dari pagar rumah.

Klik di sini untuk lihat video: https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1428521223038795777/

Netizen yang tengok video rakaman CCTV pun terasa panik jugak. Iyalah, kalau kita semua kena kejar anjing mestilah menggelabah kan?

Paling kesian kalau korang perasan, kuat jugak tau muka rider tu terhantuk dekat pagar. Confirm luka punya tu. Nasib baik jugak ada helmet. Kalau tidak, mungkin lagi parah.

Tapi tak dapat dipastikan yang anjing tu anjing liar atau pun anjing bertuan. Kalau anjing bertuan, eloklah ikat tuan dia dekat pokok. Anjing punya garang, entah macam mana boleh terlepas. 

Raja Lepak

Read Previous

Harga Mamak Dekat Dubai Boleh Buat Belanja Satu Kedai

Read Next

‘Jangan Jual Sama Suami Saya,’ Seller G-Shock Sempoi Ikut Permintaan Wanita Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *