Yang bekerja sebagai rider, benda paling penting ialah pengangkutan. Tak kisahlah motor atau kereta, sekalipun basikal dah macam nyawa. Kalau hilang memang terasa gelap sekejap dunia sebab itulah yang nak digunakan untuk jana pendapatan.
Kes motor rider hilang pun dah kerap sangat kita dengar. Masuk sekejap nak pickup order cust, nak keluar sekali tengok dah lesap.
Tapi lain halnya dengan sorang abang foodpanda ni. Masuk KLCC nak pickup order dari Dubuyo, sekali bila keluar nak hantar tengok-tengok motor dah hilang. Confirmlah gabra kan.
Rakan rider lain pun cuba bantu, antaranya post dalam group supaya sesiapa yang nampak boleh inform.
Tapi tak lama lepas tu, tuan tanah yang post tu update yang sebenarnya motor abang panda tu bukannya hilang diambil orang tapi diletakkan dekat tempat lain.
Buat hal betul. Masuk kot pintu lain, keluar kot lain. Memanglah tak jumpa. Aduh, sakit perut gelak.
Moga lepas ni tak adalah abang panda ni alami benda sama lagi. Mesti berderau darah dia kan.