Kantoi Beli Produk ‘Made in China’, Pegawai Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Bunuh

Rasanya kalau sebut Kim Jong-un satu dunia tahu macam mana dia punya cara pemerintahan. Kejam dan tak ada timbang rasa dengan pengenalan undang-undang yang kadang-kadang dunia luar rasa ianya sebagai sesuatu yang tak masuk akal.

Kredit: Business Insider

Baru-baru ni, viral pulak pasal Kim Jong-un jatuhkan hukuman mati dekat pegawai dia sebab pegawai tu terkantoi beli barang made in China.

Mac 2020, Kim Jong-un ni adalah keluarkan arahan untuk siapkan projek pembinaan Hospital Umum Pyongyang dalam masa 6 bulan. Tapi sampai tarikh yang diberikan, hospital tu masih lagi tak dibuka sebab peralatan dia tak sampai.

Kredit: NK News

Sejak dari awal lagi, Kim Jong-un dah pesan yang dia nak peralatan tu semuanya diimport dari Eropah. Tapi pegawai yang dilantik buat usul supaya import je alat yang lagi murah dari China.

Bila Kim Jong-un dapat tahu, memang dia naik marah dan tanpa fikir panjang arahkan pegawai tersebut dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun niat pegawai tu baik sebenarnya nak kurangkan bajet sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang yang terjejas dek kerana COVID-19.

Kredit: China Manufacturing Consultants

Untuk pengetahuan korang, pegawai yang diarahkan untuk terima hukuman tu bukannya calang-calang tau. Dia adalah Timbalan Pengarah Kementerian Luar Negeri Korea Utara tau.

Tapi itulah, prinsip Kim Jong-un memang tak kenal siapa. Salah tetap salah. 

Jangan tak tahu, tengok K-Drama dekat Korea Utara pun boleh kena tembak: Layan K-Drama Pun Boleh Kena Tembak, Ini Realiti Hidup Rakyat Korea Utara

Raja Lepak

Read Previous

Pengantin Perempuan Batal Kawin Sebab Bakal Suami Tak Hafal Sifir 2

Read Next

Nas Daily Akhirnya Lepas Jugak Masuk Malaysia Lepas Beli Kerakyatan Negara Caribbean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *