Pengantin Perempuan Batal Kawin Sebab Bakal Suami Tak Hafal Sifir 2

Kalau korang rasa sifir tu tak penting sebab boleh tekan kalkulator, sila fikirkan semula ya. Sebab dah ada kes yang bakal pengantin perempuan batal kawin semata-mata sebab bakal suami dia tak hafal sifiir 2.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pinterest

Jangan gelak tau. Benda ni betul-betul jadi dekat India.

Sebab ragu-ragu dengan tahap akademik bakal suami dia, wanita ni buatlah ujian sifir 2 bagi sebagai ujian. Sekali bakal suami dia stuck pulak, walaupun sifir yang dia bagi tu boleh kata sifir yang paling senang.

Kredit: Didi & Friends

Jadi hari yang sepatutnya jadi hari yang paling bahagia buat keduanya, dah jadi hari yang paling duka sebab perkahwinan dibatalkan dengan permintaan bakal pengantin perempuan.

Walaupun ahli keluarga dah pujuk untuk teruskan perkahwinan, bakal pengantin perempuan dengan tegasnya kata dia tak akan kawin dengan lelaki yang tak tahu asas dalam matematik.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: The Statesman

Lagipun perkahwinan tu merupakan perkahwinan yang dirancang kedua keluarga, bukannya atas dasar cinta.

Jadi pengajarannya dekat sini, walaupun dunia dah maju boleh kira guna kalkulator, tetaplah kena jugak tahu kiraan basic. nanti tak pasal-pasal… 

Raja Lepak

Read Previous

Dekat China, Toyota Alphard & Limosin Dah Jadi Kereta Mayat

Read Next

Kantoi Beli Produk ‘Made in China’, Pegawai Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Bunuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *