Storage memainkan peranan penting dalam penggunaan telefon. Kadang-kadang ada data yang tak dapat nak disimpan dek kerana storage yang kecil.
Untuk pengguna iOS, mesti korang tahu kan yang Apple tak sediakan slot memory card dekat produk dorang, jadi kalau storage penuh memang agak masalah. Kena buanglah mana yang patut.
Kalau korang perasan, dekat bahagian bar storage tu, ada space untuk ‘others’ yang kadang-kadang dia punya makan space tu boleh tahan banyak. Jadi nak buat apa untuk kosongkan space others tu?
Mudah je. Jom cuba.
- Pergi setting > masuk safari > scroll bawah sikit cari tekan clear history & website data.
- Masuk setting lagi > cari messages > keep messages > buat 30 days. Biar dia auto delete. Sebab tak penting, kalau penting save la. Screenshot ke apa apa.
- Ni paling membantu, pergi telegram. Pastu > setting > data & storage > storage usage > tekan clear telegram cache tu.
- Okay ni pulak kalau korang nak backup semua gambar/video kat Iphone korang. Jangan risau, gambar selamat.
- Download Apps Google Photo
- Setting “Free Up Space”
- Slide ke bawah untuk backup
- Dah complete delete je
- Dekat recently delete pon delete
Kalau clearkan ni memang korang akan dapat balik space yang terpakai untuk benda mengarut tadi.
Mudah je kan? So, pengguna iOS bolehlah cuba.
Selamat mencuba!
Kredit gambar & info: @AkeemSharyzal