Walaupun peminat dekat Malaysia masih lagi tak berpeluang nak tengok dorang perform secara live, tapi band popular dari Britain tetap jadikan Malaysia nombor 1 untuk projek dorang.
Baru-baru ni, Coldplay ada umumkan yang akan collab dengan The Ocean Cleanup, satu pertubuhan yang focus dalam membersihkan sungai tercemar, dan Malaysia dipilih sebagai negara bertuah yang akan ditaja mesin Interceptor 005 yang akan perangkap sampah dari sungai sebelum masuk ke laut.
Untuk pengetahuan korang, Interceptor adalah satu mesin berteknologi tinggi yang mampu perangkap sampai 100 tan sampah sehari dan digunakan untuk bendung pencemaran yang berlaku dengan 1,000 sungai tercemar!
Bayangkan kalau diletakkan di sungai Malaysia, memang akan disedutnya segala sampah yang ada dalam sungai tu.
Terasa bangga bila Coldplay pilih Malaysia sebagai lokasi pertama tajaan dorang, tapi dalam masa yang sama ianya bukanlah satu yang membanggakan sebab menjadi bukti sungai dekat Malaysia ni kotor dan penuh sampah.
Salah satunya berpunca daripada sikap rakyat Malaysia sendiri yang tak ada kesedaran sivik, duk sedap je buang sampah dalam sungai tanpa fikir kesannya pada masa depan.
Sebelum ni pun Malaysia jugak pernah dah terima Interceptor 002 pada Ogos 2019 yang mana sekarang ni mesin tu ada dekat Sungai Klang.
Jadi, sama-samalah kita jaga kebersihan sungai kita. Janganlah duk buang sampah dekat tempat tak sepatutnya. Okey?