Sama macam manusia, haiwan pun ada bakatnya yang tersendiri. Dan adakalanya bakat yang mereka ada ni ‘too good to be true’ la bak kata omputeh.
Macam seekor babi ni, dia digelar Pigcasso sebab pandai melukis. Yang baru ni, beliau telah hasilkan satu masterpiece yang katanya merupakan wajah Prince Harry dalam masa beberapa minit gunakan gabungan pelbagai warna antaranya hijau, hitam, oren dan kuning.
Berusia 4 tahun, bakat Pigcasso ni memang mengagumkan sebab berjaya dijual dengan harga £2,350, kalau ditukar ke MYR boleh dapat dalam lebih RM11k jugak.
Kalau korang nak tahu, lukisan tu hanyalah salah satu daripada ratusan lukisan yang berjaya Pigcasso jual tau. Dan rata-rata yang membeli tu merupakan peminat Pigcasso.
Tuan Pigcasso ni kata, duit yang dia dapat daripada lukisan tu akan dgunakan untuk perbelanjaan ladang ternakan yang beliau ada.
Bijaknya Pigcasso ni sebab dia pandai melukis. Dan lukisan dia lukis memang hampir sama dengan imej yang dia lihat.
Macam sebelum ni pun dia pernah lukis muka Queen Elizabeth II, siap ada lipstick tau. Jangan main-main.