Terkena Beb, Awek Biker Cute Rupanya Pakcik Otai

Lelaki dengan ride motor besar adalah sesuatu yang sangat sinonim. Tapi ada je perempuan yang join aktiviti ni. Dan selalunya mereka akan jadi perhatian terutamanya kalau awek cantik.

Kalau dekat Jepun, nama Azusagakuyuki bukanlah satu nama yang asing dalam dunia ride motor kuasa tinggi.

Aktif memuat naik gambar melakukan hobinya, Azusagakuyuki jadi perhatian meluas sebab dia ni cantik dan comel.

Kredit: @azusagakuyuki

Tapi, ramai yang tertipu! Rupanya awek biker yang cun dan cute tu rupanya lelaki berusia 50 tahun. Adoi.

Benda ni terkantoi bila Azusagakuyuki ni datang nak interview naik motosikal besar dia. Tapi bila bukak je helmet, semua orang macam confuse sebab tu pakcik, bukannya awek cun yang selalu dorang tengok dekat sosial media.

Dekat sinilah yang dia mengaku dia bukanlah awek comel yang orang gilai dekat sosial media, sebaliknya pakcik yang gunakan apps FaceApp untuk edit muka dia ikut kehendak yang netizen nak.

Tambah pulak dia pun suka je bila dapat perhatian macam tu. Jadi dia teruskan jelah aktiviti edit tu.

Dan walaupun dah terkantoi, dia still lagi upload gambar-gambar dia sebagai Azusagakuyuki yang cute dan bukannya pakcik.

Ni nak nasihat sikit, korang kalau tengok sosial media tu janganlah terus je percaya bulat-bulat. Sebab tak semua yang kita tengok tu betul tau. Inilah contohnya.

Raja Lepak

Read Previous

Fuh, Senangnya Trick Bersihkan Gula Tertumpah Dekat Karpet Ni!

Read Next

Pam Slow Dapat Minyak Lebih? Meh, PakCik Shell Tolong Jawabkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *