Misteri Kereta Dalam Tasik Akhirnya Jawab Kes Lelaki Hilang Tanpa Jejak 22 Tahun Lepas

Korang ada tak kawan yang hobi dia bukak Google Earth? Kalau ada, korang kena support hobi kawan korang tu sebab mungkin hobi dia bakal berguna satu hari nanti.

Macam kes dekat New Zealand ni, daripada suka-suka guna apps Google Earth akhirnya bantu polis rungkai kes kehilangan tanpa jejak lelaki sejak 22 tahun lepas.

Pada November 1997, kes kehilangan William Earl Moldt ni memang agak gempar jugaklah sebab dia hilang tanpa sebarang jejak lepas balik dari kelab malam. Bukan takat empunya diri je hilang, dengan kereta dia pun hilang tanpa dikesan.

Tambah misteri bila masa dia hilang tu dia memang tak ada ambil alkohol pun dan dia pun bukannya jenis kaki botol.

Tapi hasil daripada kerajinan seorang penduduk dekat kawasan berhampiran lokasi mangsa ditemui untuk godek Google Earth pada tahun 2019 bagi pantau keadaan sekeliling dapati ada imej ala-ala kereta dalam satu tasik dekat situ.

Mula-mula tu dia ingatkan benda tu apa, sekali bila dia double confirm dengan dron dan nampak macam ada kereta dalam tasik tu terus dia inform dekat pasukan polis.

Hasil daripada pencarian tu, satu kereta dah berjaya dikeluarkan dari tasik dan yang mengejutkan ada rangka yang masih elok terikat dengan seatbelt. 

Bedah siasat pun menunjukkan yang rangka tu milik William.

Kalau nak tahu sebenarnya masa 2007 lagi imej tu dah ada, tapi disebabkan tak ada orang peduli pun pasal tu jadi punca baru sekarang ia ditemukan.

Jadi ingat pesan CT, kalau ada member yang hobi dia bukak Google Earth atau Google Streetview tu biarkan jelah. Korang support je dari tepi kay.

Raja Lepak

Read Previous

Dekat Sungai Ni. Boleh Mandi Tapi Jangan Rendam Kepala

Read Next

Banjir Di Indonesia Ikan Koi Ditangkap Buat Masak Gulai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *