Semua pun tahu bila pergi Starbucks, mesti barista akan tanya nama kan supaya boleh ditulis dekat cawan.
Yang menariknya walaupun benda ni nampak macam benda biasa, orang akan datang balik semata-mata nak rasa puas tengok nama dorang ditulis.
Tapi jadi isu bila ada sesetengah nama susah untuk dieja sebab tak familiar sampaikan ada barista yang tersalah mengeja.
Macam yang jadi baru ni jugak dekat Dublin, seorang barista Starbucks disaman £10,680 sebab dituduh rasis sebab lukis gambar emoji senyum dengan mata sepet dekat cawan seorang pelanggan berbangsa Ireland-Thailand, Suchavadee Foley.
Mungkin korang nampak macam remeh, tapi bila dibawa ke mahkamah, mahkamah arahkan supaya Starbucks bayar pampasan tersebut kepada Foley atas kesalahan yang dibuat.
Walaupun barista Starbucks tersebut beritahu yang emoji senyum tu dibuat disebabkan beliau tak tahu cara nak eja nama Foley & bukannya nak mengutuk rupa paras Foley seperti yang didakwa.
Hmm, mungkin lepas ni Starbucks kena sediakan kertas supaya cust boleh tulis nama dorang & elakkan kejadian macam ni daripada berlaku.
Kalau denda tu ditukar ke duit MYR, nilainya boleh cecah RM60k tau. Fuh, speechless!