Isu antivaksin ni bukan dekat Malaysia je yang kena hadap tau. Dekat luar negara pun sama juga. Mereka ni tak percaya yang vaksin ni adalah satu alternatif untuk imun badan lawan penyakit atau wabak.
Ada yang siap kata vaksin ni agenda illuminatilah. Ada unsur benda haram dan sebagainya.
Baru-baru ni pulak, Ketua Yahudi Israel, Rabbi Daniel Asor ada keluarkan kenyataan bahawa vaksin COVID-19 ada potensi buat mereka yang dicucuk bertukar jadi gay.
Kalau ikut media Israel, Rabbi ni cakap yang vaksin ni adalah agenda rahsia New World Order yang didalangani Illuminati, Freemason dan Bill Gates untuk kawal dunia.
Rakaman audio Rabbi yang dibocorkan secara rahsia tu jadi viral & Rabbi banyak dipersendakan netizen.
Kalau korang nak tahu vaksin yang diterima Malaysia dengan Israel adalah dari yang sama iaitu Pfizer yang merupakan milik Moderna.
Jadi CT harap tak adalah antivaksin dekat Malaysia gunakan alasan ni untuk kuatkan hujah mereka pulak. Tepuk dahi dibuatnya.
Menteri Kesihatan, Adham Baba ada kata tak lama lagi pendaftaran untuk terima vaksin akan dibuka tak lama lagi & dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu frontliner, warga emas umur 60 tahun ke atas dan orang awam berusia 18 tahun ke atas.
Bila buka je pendaftaran nanti, korang jangan takut untuk divaksin okey? Sebab kerajaan sendiri dah keluarkan kenyataan yang vaksin diterima Malaysia ni selamat.
Yang penting, jangan lupa untuk amalkan norma baharu tau ikut SOP yang ditetapkan.