Last time Sis Eqa berkhemah masa zaman sekolah rendah, tu pun kat padang sekolah je! Lepas dapat tahu ada Canopy Villa kat Janda Baik ni terus excited nak pergi! Paling best, berkhemah kat sini level kayangan ya. Moden sangat!
Setiap canopy yang disediakan sangat besar & selesa. Siap boleh masuk katil lagi! Baru lah tido tak sakit badan! Ada 4 jenis khemah yang korang boleh pilih, untuk grouping atau couple. Yang single pun boleh datang sini hihi
Kemudahan asas pun ada. Jangan risau okay! Korang takyah mandi tepi sungai hihi
Kemudahan lain pun ada, sama macam apa yang hotel sediakan!
Siapa yang belum try lepak kat Canopy Villa ni dengan member atau family korang, baik korang try sekarang! Tenang & rehat kat minda kat tepi sungai ni. Kat sini pun ada banyak aktiviti & games yang Canopy Villa ni sediakan.
Kalau korang dah lepak kat Canopy Villa ni, jangan lupa share experience dengan Sis Eqa okay!
Kredit gambar utama: FB Teha Amin