Dah nampak Remy Ishak dekat screen takkan kat luar negara kot! Kat KL dah boleh tengok wayang dalam kereta tau. Siapa yang nak bawak buah hati tapi takut lagi nak tengok movie kat panggung wayang tu boleh lah datang Nescafe M-Junction.
Tapi mesti korang tertanya-tanya best ke? Mahal ke tak? Apa yang menarik? Meh I tolong jawabkan untuk korang.
Boleh tengok view cantik sambil tengok wayang
Korang akan nampak view KL Tower, KLCC dan cahaya lampu bangunan tinggi kat Kuala Lumpur ni.
First come, first serve!
Ni entrance masuk drive-in cinema ni. Tempat terhad setiap sesi, hanya 50 kereta sahaja! Kereta sedan boleh parking kat bahagian depan. Kereta besar macam SUV tu, kena parking kat belakang supaya tak menghalang view semasa menonton nanti.
Tapi, korang takleh book seat macam kat panggung wayang tu. First come, first serve! Agak-agak nak parking depan dan dapat view lagi jelas, sila lah datang awal okay! Better datang 30 min atau 1 jam awal.
Enjin kena matikan!
Mesti korang ingat boleh pasang air-cond kan? Tak boleh! Korang akan dapat kipas supaya tak panas dalam kereta tu. Speaker pun akan diberikan supaya korang dapat audio yang jelas dan berkualiti. Paling best, korang boleh adjust sendiri volume audio tu nak kuat banyak mana. Haaa best kan?
Makanan halal & sedap
Siapa selalu seludup makanan dalam wayang tu? Kat M-Junction ni korang boleh pilih nak makan homemade burger ke? Maggi? Atau Pizza Hut! Sedap kan?
Berbaloi ke?
KL First drive-in cinema ni ada 2 pakej.
Standard Package:
RM99 untuk 2 orang sahaja setiap kereta. Dapat makanan dan goodies bag,
VIP Package:
RM159 untuk 2 orang sahaja setiap kereta. Pakej ini untuk kereta sedan sahaja. Korang akan dapat parking kat line 1 atau line 2 paling depan. Dapat makanan, Absolute Popcorn dan goodies bag.
Sempena bulan kemerdekaan dyorg ada buat 30% diskaun setiap pakej. Better book cepat! Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat sini www.mjunction.my
Kredit gambar utama: M Junction 2020