Giler Kreatif! Buat Dinding Hotel Guna Duit Syiling 1 Sen

Hari ni Cik Ya nak bawa korang semua mengembara ke satu tempat rahsia. Jeng jeng jeng!

Kisahnya macam ni. Bulan depan geng BFF Cik Ya nak buat birthday party untuk kawan Cik Ya ni. Jadi Cik Ya pun dok mencari la lokasi yang sesuai untuk lepak chill dengan BFF kitorang ni.

Kami memang plan nak ke Ipoh. So lepas google hotel mana yang best, Cik Ya tertarik dengan hotel ni. Memang unik dan rare.

Apa yang unik dan rare sangat hotel ni? Meh sini Cik Ya nak story. 1969 Business Suites ni sebuah hotel yang terletak di Ipoh dan apa yang membezakan hotel ni dengan hotel yang lain ialah dindingnya dibuat menggunakan duit syiling 1 sen.

Hotel ni menggunakan 53,592 keping duit syiling 1 sen dan diiktiraf dalam sejarah Malaysia Book of Records. Cayalah!

Kalau dari apa yang Cik Ya tengok, duit syiling 1 sen tu dilekatkan dan menghasilkan perkataan ‘1969 Business Suites’ sempena nama hotel tu sendiri.

Cik Ya memang excited, apa lagi terus kol hotel dan buat tempahan. Sambil-sambil tu sempat juga tanya tentang hotel ni. Kepochi betul Cik Ya ni kan.

Kata pihak hotel, diorang memilih duit 1 sen sebab ianya diperbuat daripada tembaga dan negara kita dah menghentikan pengeluarannya.

Bagus juga idea diorang ni, takde la nanti generasi akan datang blur tak tahu macam mana rupa duit syiling 1 sen.

Selain tu, ruang bilik dan persekitaran hotel pun sangat relax dan sesuai sangat untuk lepak dengan BFF.

Menarik kan? Lepas ni korang pula boleh usha hotel ni kalau datang Ipoh okay.

Raja Lepak

Read Previous

Apo? Ada bantuan untuk bil elektrik? Mai Baca Ni..share dengan family n kengkawan!

Read Next

Kopi Memang Sedap Tapi Berbahaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *