Nak Beli Cili Kering? Ini Perbezaan Yang Korang Perlu Tahu

Mesti ramai dalam kalangan korang perasan, tahap kepedasan cili kering yang korang beli kadang-kadang berbeza. Macam yang Abang Bob pernah alami. Minggu lepas beli cili kering nak buat sambal nasi lemak, oklah rasa cili tu tak terlalu pedas, orang kata suam-suam kuku.

The next day beli lagi cili kering nak simpan buat stock cili boh, bila guna untuk masak mi goreng, yarabbi! Pedas nak matey! Tengok balik kedua-dua cili kering yang dibeli memang berbeza daripada segi bentuk. Ingatkan semua cili kering sama. No! Korang silap. Sebenarnya cili kering ada beberapa perbezaan dan tahap kepedasan tertentu. Haaa yang ini korang perlu khatam dulu ok sebelum nak membeli cili kering. Jom tengok apa bezanya.

1.   Cili kering berkilat

Senang je nak tahu sifat cili kering jenis berkilat ni. Dia lurus, berkilat, banyak biji, berwarna merah

menyala dan tak bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya agak murah. Cili kering jenis berkilat tak sesuai untuk masakan panas.

2.   Cili kering berkerinting

Cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Cili kering ini sering kita guna. Ia senang untuk didapati kerana murah. Cili ini kurang pedas berbanding dengan cili kering berkilat memang sesuai untuk semua jenis masakan. 

Baca artikel ini: 15 Perkara Menarik Pasal Orang Korea Selatan

3.   Cili kering gemuk

Cili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk masak sambal nasi lemak. Cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur.

4.   Cili kering paprika

Yang terakhir, cili kering paprika. Ianya lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna merah menyala. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan amat sesuai digunakan untuk masak kari dan tomyam.

Bukan nak cari jodoh jer korang perlu memilih tau, cari cili kering pun korang kena pandai dan jaga-jaga. Kalau tidak memang berapi lidah masing-masing!

Baca artikel ini: Rasa Apa Ek? 8 Perisa Ubat Gigi Pelik Di Dunia

Admin

Read Previous

Pelanggan Jamu Selera Dalam Kontena Sampah

Read Next

Kat Mana Jasin Tue? 10 Tempat Best Korang Kena Jejak Kalau Ke Jasin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 4 =