Kenapa Yer Buah Oren Dijual Dalam Beg Jaring Merah?

Kalau korang pergi ke pasar malam, atau pasaraya, mesti korang akan perasan satu perkara. Apa itu? Buah oren yang dijual dalam beg berjaring berwarna merah. Betul tak? Kenapa mesti letak buah oren dalam jaring warna merah yer? Kenapa bukan hijau, biru, ungu dan lain-lain warna. Tapi mostly korang tak ambil pusing sangat pun, termasuklah Abang Bob sendiri.

Tapi kalau ada yang tertanya-tanya, ini jawapannya. Ternyata, meletakkan buah oren dalam beg jaring merah merupakan taktik yang digunakan untuk membuatkan buah oren kelihatan lebih oren dan cantik berkilat.

Warna merah terhadap kulit buah oren mencipta ilusi yang membuat ia kelihatan lebih oren, menggalakkan pembeli membelinya. Penanam buah sitrus dan pasaraya bahkan melakukan sesuatu yang serupa terhadap lemon, yang biasanya dijual dalam beg kuning atau hijau untuk menjadikannya kelihatan lebih kuning. (Jika lemon berada di dalam beg jaring merah, ia sebenarnya akan kelihatan oren!).

Baca artikel ini: Giler Makan Steak? Jom Kenali Jenis Daging Yang Ada

Sememangnya pasaraya mempunyai strategi untuk menggalakkan korang membeli lebih banyak barangan atau membuat sebilangan benda kelihatan lebih menarik sehingga menarik kita membelinya, contoh pada buah oren.

Bukan itu sahaja, taktik mereka untuk mempunyai sudut bakeri di depan yang mendorong kita untuk masuk ke dalam atau bahagian susu yang terletak di peruk di bahagian belakang serta banyak lagi. Oleh itu pastikan bawa senarai barangan runcit yang diperlukan agar korang tidak terpengaruh!

Baca artikel ini: 7 Makanan ‘Gergasi’ Pernah Dihasilkan Di Dunia

Admin

Read Previous

5 #LathiChallenge Paling Menyeramkan. Tapi Best!

Read Next

15 Perkara Menarik Pasal Orang Korea Selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 2 =