Korang yang dah pernah bercuti kat Korea Selatan, mesti korang tahu cara dan adab penduduk kat sana. Diaorang jenis yang jalan tak toleh kiri kanan. Jarang korang akan nampak diaorang berbual-bual sambil berjalan. Penduduk Korea Selatan ternyata memiliki banyak keunikan yang membuatkan ramai orang menyukai akan budayanya. Di sebalik pembangunan pesat negara itu terdapat juga fakta menarik dan unik yang masyarakat Korea amalkan. Kat bawah nie, Abang Bob senaraikan 15 perkara tentang masyarakat Korea Selatan.
1. Penduduk Korea suka memakan bawang putih kerana dipercayai dapat meneutralkan saluran darah.
2. Penduduk Korea jarang memakan dengan tangan kerana dianggap kurang sopan.
3. Penduduk Korea berasa selesa untuk memakan mi segera dalam periuk kerana kalau dibawa keluar dari periuk dianggap makanan itu sudah hilang kepanasannya.
4. Hallyu atau Korean Wave ialah istilah yang diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea di seluruh dunia.
5. Seramai 76 peratus wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik.
6. Seramai 95 peratus penduduk Korea yang mempunyai lipatan di kelopak mata adalah hasil daripada pembedahan plastik.
7. Seramai 25 peratus ibu di Korea Selatan menyuruh anak mereka yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik. Kebanyakan keluarga di Korea akan menjadikan pembedahan plastik sebagai hadiah hari lahir.
8. Kebanyakan wanita Korea yang melakukan pembedahan plastik menginginkan wajah seperti pelakon cantik Song Hye Gyo manakala lelaki Korea pula menginginkan muka seperti pelakon Jang Dong Gun.
9. Seramai 40% pengunjung klinik pembedahan plastik adalah lelaki. Rata-rata lelaki Korea akan melakukan pembedahan pada bahagian mata agar kelihatan lebih besar. Ada juga lelaki yang melakukan pembedahan untuk mengecilkan payudara.
Baca artikel ini: Hope Diamond: Misteri Batu Permata Pembawa Malang
10. Selain disebut sebagai negara Ginseng, Korea juga dikenali sebagai Republic of Plastic Surgery.
11. Pokok pain merupakan pokok cinta bagi penduduk Korea kerana membawa maksud cinta yang kukuh, lurus dan tidak pernah berakhir.
12. Lebih kurang 36 orang penduduk Korea membunuh diri setiap hari. Antara penyebabnya ialah tekanan belajar, ekonomi dan ada juga yang membunuh diri kerana mengikuti idolanya untuk membunuh diri sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami oleh mereka.
13. Ada beberapa cara untuk membunuh diri di Korea salah satunya ialah melakukan perjanjian di internet kemudian bertemu untuk bunuh diri bersama.
14. Penduduk Korea merupakan pengguna kad kredit tertinggi di dunia.
15. Penduduk Korea sangat gilakan internet. Mereka selalu memesan tiket penerbangan secara online melalui telefon pintar mereka. Sementara itu, bagi urusan bersosial, orang Korea lebih gemar bersembang dengan menggunakan emoticon.
Haa amacam? Kalau korang perasan, mostly wanita-wanita Korea memiliki raut wajah yang samakan? Sebabnya rata-rata dah melakukan pembedahan plastik! Agak-agak berapa yer harga nak repair hidung? Hihihi tanyer jer.
Baca artikel ini: Biar Betul? 5 Perkara Paling Rare Di Dunia