Biar Betul? 5 Perkara Paling Rare Di Dunia

Barang-barang yang dikatakan rare, mesti harga dia perghh! Sampai nak tersembul biji mata. Tapi memang layaklah sebab barang yang rare ini biasanya ada dalam jumlah yang terhad sahaja. So secara tidak langsung menjadikan ia eksklusif. Orang yang berduit, biasanya tak kisah pun nak keluarkan duit yang banyak bagi mendapatkan barangan yang dikatakan rare ini. Tapi kalau macam Abang Bob, dok berkira-kira jugalah.

Memandangkan ia melambangkan kemewahan serta status mereka yang membelinya, ramai yang berduit sanggup berbelanja seakan-akan mereka mempunyai kilang duit. Kali ini, Abang Bob nak kongsikan 5 benda paling rare dan jarang ditemui di dunia.

1.   Wangian bernilai lebih RM233,000

Sejenis bunga yang dikenali sebagai Orris mengeluarkan bauan analog semula jadi di mana ia sangat susah untuk didapati. Pada masa yang sama, aroma itu mendapat permintaan yang sangat tinggi. Tidak hairanlah kenapa ia merupakan salah satu haruman termahal di dunia.

2.   Bumi yang dilitupi emas

Kalau di negara kita, emas itu selalunya digunakan untuk membuat perhiasan wanita. Tetapi, tidak di Myanmar. Di negara berkenaan, emas boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk termasuklah ubat-ubatan tradisional, krim muka dan juga minuman dan makanan. Malah, emas juga turut digunakan sebagai bedak muka. Bukan biasa-biasa!

Baca artikel ini: Wajib Cuba! Makanan Khas Kota Palembang

 3.   Duvet bernilai RM62,000

Duvet yang diperbuat daripada bulu sejenis burung yang dikenali sebagai Eider mendapat permintaan tinggi di serata dunia. Tradisi membuat duvet menggunakan bulu burung ini dikekalkan oleh penduduk Norway. Mereka juga menternak burung berkenaan di selatan Bulatan Artik.

4.   Rahsia India

Sebut pasal bunga, mana-mana pun ada bunga. Tetapi, tahukah korang yang ada sejenis bunga ini yang mekar hanya 12 tahun sekali sahaja? Ia benar-benar wujud di Kerala, India. Bunga ini dikenali sebagai Neelakurinji dan setiap kali ia mekar, ia akan melitupi bukit dengan warna ungu lembayung.

5.   Teh mistik bernilai RM7,700 sekilogram

Teh ini dikatakan mistik kerana proses pembuatannya yang begitu lama. Ia hanya boleh dipetik apabila beberapa planet berada di kawasan yang sama di langit. Ladang teh termahal di India ini merupakan ladang teh biodinamik pertama di dunia dan terletak di Banjaran Himalaya.

Korang sanggup ke berbelanja sehingga ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan barangan di atas? Barulah rare!

Baca artikel ini: Wanita Tekad Mengahwini Hantu Lanun Berusia 300 Tahun!

Raja Lepak

Read Previous

Ada Masalah Dengan Semut? Ikut Petua Nak Halau Semut Ni

Read Next

Rasa Apa Ek? 8 Perisa Ubat Gigi Pelik Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *