Wanita Tekad Mengahwini Hantu Lanun Berusia 300 Tahun!

Abang Bob tak tahulah sama ada nak tumpang gembira atau sekadar geleng kepala di atas perkahwinan seorang wanita dari Ireland ni. Bukan apa, kalau Abang Bob iyakan nanti, orang cakap Abang Bob ni dah tak waras pula.

Kisahnya pasal seorang wanita dari Ireland bernama Amanda Teague. Dia mendakwa telah mengahwini hantu yang berusia kira-kira 300 tahun yang juga merupakan seorang bekas lanun yang dibunuh!

Tindakan tekad dan tidak masuk akal Teague itu terjadi selepas dia berasa putus asa mencari lelaki sempurna untuk dijadikan pasangan hidup. Teague ni seorang janda yang dahulunya pernah berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

Teague mendakwa dia menemui cinta sejatinya, iaitu hantu lanun Haiti, bernama Jack Teague dari abad ke-18 yang kini sah bergelar suaminya. Menurut Amanda, hubungan mereka bermula pada tahun 2014 ketika dia sedang berbaring dan merasa seperti ada ‘tenaga’ di sisinya.

Sejak itu, roh lanun tersebut sering menemaninya menonton televisyen dan memandu kereta di mana mereka mula mengenali antara satu sama lain. Lama-kelamaan perasaan cinta mula timbul antara mereka berdua.

Malah, dia mendakwa dapat merasakan perasaan yang kuat terhadap Jack sebelum kedua-dua mereka menjadi sangat rapat sebelum memutuskan untuk berkahwin. Walaupun Jack telah meninggal dunia 300 tahun lalu, namun ia tidak mengganggu hubungan mereka. 

Baca artikel ini: Gempar Di Johor Tentang Hantu Kum Kum

Akhirnya Amanda mengikat tali cinta dengan roh tersebut selepas dia berjaya mendapatkan pendaftar dan berkahwin di tengah perairan antarabangsa.

Wanita yang sering menjadi penghibur pengajuk watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean itu turut menggunakan medium spiritual di majlis perkahwinan mereka untuk membolehkan Jack melafazkan perkataan ‘I do’.

Apa yang pasti, lepas berkahwin kedua-dua pasangan ‘unik’ itu kelihatan sangat gembira. Meskipun langsung tidak pernah melihat Jack secara fizikal, namun katanya Jack adalah lanun Haiti dan telah dipancung kerana melakukan jenayah pada tahun 1700.

Hurm, macam-macam hal berlaku kat seluruh dunia ni yer. Hantu pun boleh dapat jodoh. Yang hidup lagi macam Abang Bob ni, jangan kata jodoh, pasangan pun tak ada.

Baca artikel ini: Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Admin

Read Previous

Giler Makan Steak? Jom Kenali Jenis Daging Yang Ada

Read Next

Semua Sedap! Hi-Tea Pilihan Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 3 =