Nak Bersahur Tapi Tiada Selera? Ini 5 Tip Mudah Bangkitkan Selera Untuk Korang Cuba

Korang setuju atau tidak kalau Abang Bob katakan waktu sahur sebenarnya agak mencabar untuk dilalui? Yalah, susah nak bangun satu hal, tiada selera nak makan pun jadi masalah besar jugak. Tapi, kalau tidak bangun langsung, rugi besar! Sebab itu korang kena cuba tips yang Abang Bob nak kongsikan dekat bawah ini, biar berselera sakan time sahur nanti.

1.   Jangan terlebih kenyang waktu berbuka

Waktu berbuka, selagi ada makanan depan mata, semuanya nak dihabiskan. Bila sudah terlebih makan, confirm badan jadi cepat letih dan malas nak bergerak. Silap-silap, korang boleh terus tertidur. Paling tak best, bila waktu sahur korang tiada selera nak makan. Takpun ada yang malas nak bangun langsung kononnya sudah terlebih kenyang. Rugilah! Ingat guys, makan berpada-pada waktu berbuka.

2.   Cari geng temankan sahur

Mood sahur pasti akan jadi lebih seronok kalau ada teman berbual. Sekurang-kurangnya korang tidak rasa sunyi sangat. Jadi, jangan lupa untuk kejutkan pasangan, mak, ayah atau rakan serumah untuk bangun sahur bersama. Bagi yang tinggal berseorangan waktu PKP ini, korang boleh cuba hubungi yang tersayang melalui panggilan video. Tapi, make sure bincang betul-betul pukul berapa nak bangun. Jangan sampai mood sahur terus hilang sebab si dia tidak jawab call.

Baca artikel ini: 6 Sebab Kenapa Korang Kena Minum Air Kelapa Semasa Berpuasa

3.   Masakan dan minuman panas bikin cerah mata

Kami faham waktu sahur ini memang jadi serba tidak kena. Selalunya, mata pun terasa berat nak buka. Apatah lagi kalau terpaksa bancuh air, nak masak atau panaskan lauk, memang malaslah. Tapi, tahu tidak sebenarnya minuman dan hidangan panas sewaktu sahur akan buat korang cerah mata dan lebih berselera. Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk sediakan juadah sahur panas-panas!

4.   Bangun sedikit awal

Lewatkan waktu bersahur itu memang jadi tuntutan. Tapi, tidak bermakna korang boleh bangun selewat mungkin. Sebaiknya, bangunlah 15-20 minit lebih awal untuk ambil mood dan buat persiapan bersahur. Nanti tidak adalah terjadi adegan korang kelam kabut bersahur sebab sudah nak habis waktu. Paling tragis, kalau korang bangun tapi hanya sempat minum air kosong sahaja. Kan sudah jadi tidak best!

5.   Pastikan menu sahur lebih sedap

Tak adil rasanya kalau waktu berbuka sahaja anda sediakan menu yang sedap-sedap, tapi bila waktu sahur makanan ala kadar saja. Sebenarnya, korang lebih perlu utamakan menu yang menyelerakan waktu sahur juga. Barulah excited nak bangun makan. Sama ada korang masak atau simpan sedikit juadah berbuka yang jadi kegemaran, Abang Bob yakin dengan cara ini korang lebih bersemangat nak bersahur.

Makan waktu sahur ni mula-mula jer lorang akan rasa liat. Tapi bila dah terbiasa tak akan jadi masalah besar pun nanti. Tapi kalau ikut diri sendiri, Abang Bob memang akan lagi berselera makan sewaktu sahur berbanding ketika berbuka.

Baca artikel ini: Ikut Rahsia Ini Kalau Tak Nak Sotong Jadi Liat

Raja Lepak

Read Previous

Ini 5 Makanan Paling Mahal di Dunia

Read Next

Menu Unik Berbuka Puasa Mengikut Negara Di Seluruh Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *