Malaysia ni memang terkenal dengan berbagai makanan yang sedap, sebahagiannya hadir sejak ratusan tahun lalu dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang dibawa oleh para pedagang. Sebahagian yang lain pula memang asal usulnya daripada negara ini. Ada antara makanan yang hanya boleh didapati di negeri-negeri tertentu je tau kat dalam Malaysia dan sangat sukar ditemui di negeri lain. Agak-agak korang boleh fikir tak apa dia? Kat sini Abang Bob nak senaraikan antaranya 5 makanan yang korang boleh jumpa kat negeri itu jer. Kat tempat lain mungkin ada, tapi susah yang amat nak dapat!
1. Pulut Ayam
Makanan ni cukup popular di Thailand dan sukar didapati di negeri lain selain Perlis dan Kedah. Nampak simple, hanya pulut dimakan dengan ayam goreng bersama sos Thai. Memang terangkat kalau dapat pula ayam yang besar dan panas-panas. Hidangan ini memang cukup terkenal. Pendek kata tak sempurna trip ke Utara kalau tak rasa pulut ayam.
2. Nasi Ulam
Berbeza daripada nasi kerabu. Nasi ini dicampur dengan berbagai sayuran mentah termasuk bunga kantan, cili pagi dan timun dan dimasak bersama kerisik. Ada yang menggunakan lebih daripada 5 jenis ulam-ulaman tau! Nasi ini dimakan bersama lauk pauk seperti ayam masak merah, ikan goreng atau rendang daging.
Baca artikel ini: 10 Hidangan Wajib Ada Di Aidilfitri
3. Asam Rong
Perkataan asam rong itu sendiri berasal daripada perkataan isi rong atau bahagian isi buah. Makanan ini terkenal di kalangan orang Jerantut, Pahang. Asam rong pada asalnya diperbuat daripada buah perah tetapi kini diubah suai menggunakan biji getah. Perkataan asam pula disebabkan makanan ini diperam berbulan-bulan untuk memberikan rasa pahit lemak dan sedap. Asam rong ni selalunya orang buat gulai ikan atau dimakan begitu sahaja.
4. Nasi Kebuli
Satu lagi makanan Pahang yang dikatakan berasal dari Kuala Lipis dan dikatakan sebagai hidangan DiRaja. Nasi ini dimasak dengan minyak kelapa, kismis dan beberapa bahan lain dan dimakan bersama ayam. Menarikkan? Abang Bob sendiri pun baru first time dengar.
5. Botok-Botok
Kalau korang singgah ke Johor, korang bolehlah cuba hidangan yang berasal dari Jawa yang dipanggil botok-botok ni. Untuk menyediakan makanan ini, ikan yang digunakan biasanya ikan tenggiri. Ikan tu akan dibalut dengan berbagai jenis daun herba dan rempah ratus. Rasanya pula lemak manis, sedikit pahit dan pedas bergantung kepada rempah yang digunakan dan sangat enak dimakan bersama nasi panas.
Memang kecur air liur tengok gambar makanan ni kan? Memang banyak rupanya makanan-makanan unik lain yang kebanyakan orang tak tahu pun ada. Kalau nak merasa korang kenalah pergi cari kat tempat asalnya makanan tu. Kalau tak pun korang google jer kot-kot laa ada kat area berhampiran korang.
Baca artikel ini: Jenis-Jenis Ketupat Yang Korang Wajib Ambil Tahu