7 Makanan ‘Gergasi’ Pernah Dihasilkan Di Dunia

Sekarang ini, trend Mukbang yang berasal dari Korea Selatan dah jadi ramai ikutan di seluruh dunia. Untuk pengetahuan korang, Mukbang tu di mana seseorang akan duduk kat depan kamera dan habiskan makanan yang banyak. Cara diaorang makan memang kadang-kadang Abang Bob sendiri pun takut nak tengok. Punya la besar portion makanan, sekali ngap! Habis.

Cakap pasal saiz hidangan makanan yang besar, kali ni Abang Bob nak senaraikan 7 makanan yang pernah dihasilkan dengan saiz gergasi. Memang sesuai sangatlah kalau dibuat Mukbang. Tiga hari tiga malam baru habis makan agaknya.

1.   Pizza, Rome Itali (2012)

Adakah korang pencinta pizza? Kalau macam tu, korang boleh geng dengan Abang Bob. Bayangkan pizza sebesar padang hoki terbentang luas depan mata, 8 hari 8 malam tak habis makan. Tapi bukan mudah untuk membuat pizza gergasi bebas gluten yang digelar ‘Ottavia’ ini. Lima orang chef mengambil masa selama 48 jam untuk membakar doh saja.

2.   Sandwic, Michigan, Amerika Syarikat (2008)

Sandwic gergasi ini terdiri daripada roti, daging biri-biri, mustard, keju dan salad yang semuanya besar-besar. Kenyang setahun kalau makan.

3.   Telur Dadar, Portugal (2012)

Untuk menghasilkan telur dadar bersaiz gergasi ini, sebanyak 145,000 biji telur telah digunakan untuk digoreng. Telur dadar gergasi ini telah diketuai seorang chef bernama Pedro Mendes.

4.   Coklat, Derbyshire, UK (2011)

Kata orang, kalau stress baik makan coklat terutama yang jenis ‘dark’ tu. Tapi berapa banyak korang boleh makan? Bar coklat seberat 5792.37kg ini dihasilkan oleh Thortons PLC dengan campuran gula, mentega dan koko dengan saiz lebih daripada 13 kaki.

Baca artikel ini: Lemang Pakai Tin Bahaya? Pakai Jer Cawan Kertas

5.   Kek Aiskrim, Toronto, Kanada (2011)

Aiskrim gergasi ini merupakan tugasan para pelajar kursus kimia dan kejuruteraan kimia di Universiti Toronto. Mereka kena buatlah macam mana pun, asalkan kek aiskrim ini tak cair.

6.   Pankek, Manchester, United Kingdom (1994)

Pankek bukan lagi sejenis sarapan pagi tetapi menjadi projek pembinaan apabila ia dihasilkan sebesar tapak rumah. Kren diperlukan untuk mengangkat mega kuali ini agar Chef dapat balikkan pankek tersebut.

7.   Sushi Roll, Tamana, Jepun (2016)

Menurut Rekod Dunia Guinness, panjang sushi roll ini hampir 9,332 kaki dan kira-kira 400 orang tolong menggulungnya.

Agak-agak kalau Mukbangkers diberi peluang makan makanan bersaiz gergasi ini, rasa-rasanya boleh habis tak? Abang Bob awal-awal lagi dah angkat bendera putih. 

Baca artikel ini: Wajib Cuba! Makanan Khas Kota Palembang

Raja Lepak

Read Previous

Gempar Di Johor Tentang Hantu Kum Kum

Read Next

5 Kisah Potret Mona Lisa, Karya Agung Leonardo Da Vinci

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *