Kadang-kadang kita tak perasan pun makanan yang kita ambil setiap hari itu rupa-rupanya boleh dikategorikan sebagai ‘superfood’. Setiap hari kita makan sayur dan pelbagai makanan ‘kampung’ lain. Selain rasa yang sedap, korang mungkin cuma sekadar tahu makanan tersebut berkhasiat tanpa mengetahui kandungan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Antara kebaikannya ialah ia mengandungi khasiat seperti vitamin, mineral, antioksidan dan enzim-enzim sihat. So kali ni Abang Bob nak senaraikan antara makanan yang selalu korang ambil dan dikategorikan sebagai ‘superfood’. So lepas ni bolehlah korang ambil secara kerap.
1. Timun
Baik untuk hidrasi, pengurangan berat badan, detoksifikasi dan anti penuaan. Kandungan cucurbitacins yang tinggi melawan radikal bebas dan menurunkan haba keradangan. Menurunkan risiko sakit jantung dan beberapa jenis kanser.
2. Bunga kobis
Mengandungi glucosinolates, suatu kompaun yang melawan kanser. Tinggi antioksidan, vitamin C dan K, dan tinggi serat serta bersifat rendah kalori.
3. Telur
Tinggi protein dan antioksidan. Kaya dengan asid lemak Omega-3 yang baik untuk fungsi badan normal dan jantung yang sihat. Mengandungi vitamin D untuk menolong mengelakkan kerapuhan tulang
4. Bawang putih
Sebagai prebiotik, bawang putih menggalakkan mikroorganisma penghadaman yang sihat di dalam usus. Berkesan menangani penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Melawan selesema apabila dimakan selalu.
5. Halia
Ubat semulajadi untuk loya dan sakit perut. Melegakan otot yang lenguh dan mengurangkan gejala penyakit sendi. Melegakan kesakitan dan menolong mengurangkan keradangan.
Baca artikel ini: Jenis-Jenis Ketupat Yang Korang Wajib Ambil Tahu
6. Milled oat
Berkesan menurukan kadar kolesterol. Tinggi serat dan membantu penghadaman. Harganya murah dan boleh dimasak pelbagai cara.
7. Bawang
Kandungan antioksidannya melawan kanser. Melindung dan menguatkan sel-sel rosak dengan antioksidan quercetin yang berkonsentrasi tinggi. Menolong untuk meningkatkan kadar kolesterol baik dan merendahkan tekanan darah tinggi.
8. Keledek
Sumber yang bagus untuk antioksidan dan kaya serat. Beta karoten yang tinggi meningkatkan kadar vitamin A dalam tubuh. Kaya dengan vitamin B6 yang mengurangkan risiko sakit jantung.
9. Tauhu
Tiada kolesterol dan rendah kalori. Kaya dengan protein, zat besi dan kalsium. Mengurangkan risiko kegemukan, kencing manis dan penyakit jantung.
10. Tomato
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah yang lain, tomato sangat tinggi dengan agen antioksidan lycopene yang mampu melindungi tubuh dari beberapa jenis kanser. Mengandungi vitamin A, C dan E dan tinggi mineral mangan dan zat besi. Meningkatkan kadar kolesterol baik yang mampu membantu mengelakkan penyakit jantung.
11. Buah tembikai
Sangat membantu hidrasi dengan kandungan air yang tinggi pada 90% dan rendah kalori. Kaya dengan asid amino L-citrulline yang membantu anti penuaan dan pembakaran lemak. Mengandungi lebih lycopene (sejenis antioksidan yang melawan kanser) dari tomato.
Jika diamalkan dengan pemakanan seimbang, Superfood boleh menolong menurunkan risiko penyakit kronik dengan membekalkan badan korang dengan nutrisi-nutrisi penting. So lepas ni Abang Bob nak sarankan sekurang-kurangnya setiap minggu, korang kena ambil tak banyak, sedikit makanan superfood yang dah disenaraikan kat atas tu.
Baca artikel ini: 5 Makanan Istimewa Yang Ada Kat Negeri Itu Jer