Selalunya, istilah dagu berlapis atau korang sering sebut sebagai double chin akan diberikan kepada mereka yang kelihatan agak berisi. Bila dah dagu berlapis, mulalah timbul perasaan malu, kurang keyakinan, murung pastu sedih. Tapi makan tetap makan tak ada nak kawal-kawal. Ehh! Cakap pasal diri sendiri ke tu? Oklah, Abang Bob mengaku salah seorang daripada kumpulan itu. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa orang yang berbadan kurus juga mengalami masalah ini. Di sini Abang Bob nak kongsikan cara-cara untuk menghilangkan dagu berlapis. Harap-harap berkesan kat korang laa yer.
1. Senaman pada wajah
Lakukan senaman pada wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menyebut perkataan A, E, I, O dan U sebanyak 40 kali. Senaman ini akan membantu untuk membentuk semua bentuk wajah korang menjadi lebih menarik. Do it now!
2. Dongakkan kepala ke atas dan ke bawah
Senaman sebegini sesuai dilakukan pada awal pagi iaitu selepas bangun daripada tidur. Caranya adalah dengan mendongakkan kepala selama 20 saat. Otot akan menjadi tegang jika ia sering dilakukan dan dagu berlapis akan berkurangan.
Baca artikel ini: Nak Bersahur Tapi Tiada Selera? Ini 5 Tip Mudah Bangkitkan Selera Untuk Korang Cuba
3. Jaga pemakanan
Benda yang paling-paling korang kena jaga jika tidak mahu lemak terkumpul di bahagian bawah dagu. Elakkan makan makanan yang tidak berkhasiat dan mempunyai kolestrol yang tinggi.
4. Kunyah gula-gula getah
Apabila seseorang itu mengunyah gula-gula getah, secara tidak langsung bahagian dagu akan bergerak sekali seolah-olah kita sedang melakukan senaman.
Senang jerkan? Antara malas dengan rajin jer. Kalau korang betul-betul nak dagu yang runcing tanpa double chin, mulakan langkah sekarang! Kalau tak lagi berlapis-lapis laa dagu korang tu.
Baca artikel ini: 10 Benda Yang Dilarang Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro