Wujud Sejak 7,000 Tahun Lalu. Nah! 7 Keju Terbaik Dunia

Abang Bob memang peminat nombor satu keju. Bagi jer laa apa-apa makanan berasaskan keju, memang habis licin Abang Bob habiskan. Rasa-rasa lemak berkrim keju tu, fuhhh! Melekat wei. Aromanya pula yang memikat memang best giler.

Bercakap pasal keju, kalau korang nak tahu, keju dah wujud sejak 7,000 tahun yang lalu tau. Ada banyak jenis keju. Tapi yang membezakannya ialah cara membuat keju itu sendiri.

So kali ni Abang Bob nak bagitahu korang tujuh jenis keju terbaik yang ada kat dunia untuk korang ketahui.

Keju Mozzarella

Keju popular ni berasal dari Itali. Mozzarella merupakan keju yang lembut dan boleh digunakan untuk jangka waktu yang singkat dan tahan lebih lama dengan cara pengendalian yang betul. Kebiasaannya, ia akan diguna sehari selepas diperam. Keju ni banyak digunakan dalam penyediaan pizza. Bagi korang yang giler keju macam Abang Bob, mesti korang akan pesan pizza dan meminta extra cheese. Selain digunakan dalam penyediaan pizza, Mozzarella ni juga digunakan dalam variasi makanan seperti roti ‘nan cheese‘.

Keju Cheddar

Keju Cheddar ini pulak berasal dari England iaitu kat sebuah perkampungan Cheddar yang terletak di daerah Somerset. Keju Cheddar ni dihasilkan daripada susu lembu. Keju ni merupakan keju yang paling popular di seluruh dunia. Ia mencapai usia matang apabila berusia 9 hinga 24 bulan. Keju ni mempunyai tekstur yang rapuh dan tergolong dalam kumpulan keju yang separa keras. Warna asalnya adalah putih hingga ke kuning pudar. Kadang-kadang dorang akan guna pewarna untuk buat keju tu nampak kuning keemasan. Oleh kerana teksturnya yang padat dan tidak mudah cair, ramai yang gemar meletakkan kepingan cheddar n ikat atas roti untuk sarapan pagi.

Baca artikel ini: Telinga Masuk Air? Begini Cara Mudah Keluarkannya

Keju Parmesan

Parmesan merupakan keju yang berasal dari salah sebuah daerah kat Itali iaitu Parma. Keju yang terbaik daripada daerah ini dikenali sebagai ‘Parmigiano-Reggiano’ dan ia merupakan satu pengiktirafan yang dikeluarkan oleh kerajaan Itali itu sendiri. Untuk pengetahuan korang, keju ini diperbuat daripada susu segar yang mengandungi protein yang tinggi, berkarbohidrat, lemak dan juga zat besi. Parmesan tergolong dalam golongan keju yang keras kerana ia melalui proses pemeraman yang panjang iaitu selama dua tahun!

Keju Edam

Keju Edam ni berasal dari Belanda iaitu sebuah kawasan yang bernama Edam. Keju ni merupakan antara keju yang tertua sebab dah wujud sejak tahun 1300 sehingga 1700. Apa yang membuatkan keju ini unik ialah kerana disaluti lilin parafin di permukaan luarnya. Keju ni mampu bertahan lama dan menjadi keras mengikut masa. Tekstur keju ni kenyal dan rasanya manis macam kekacang. Salutan lilin yang gelap menunjukkan Edam telah mencapai usia matang iaitu sekurang-kurangnya 17 minggu. Abang Bob lom pernah try lagi keju Edam ni.

Keju Krim

Keju Krim ni merupakan bahan yang sangat popular untuk buat kek. Ia adalah keju segar yang lembut dan mempunyai rasa yang ringan serta memiliki kandungan lemak yang tinggi. Oleh kerana teksturnya yang lembut, Keju Krim ni selalunya disapu pada permukaan atas roti dan dijadikan inti tart atau pai. Keju Krim atau cream cheese adalah keju yang dah ditambah dengan krim yang mempunyai kuantiti lemak susu hampir separuh daripada berat bersih sekotak cream cheese. Selain tu, Keju Krim ni juga terdapat dalam dua jenis iaitu double cream cheese yang mengandungi 65 peratus susu dan yang biasa mengandungi 45 peratus sahaja.

Keju Emmental

Rupa keju Emmental ni selalu digunakan sebagai imej untuk memberi gambaran bentuk keju. Keju Emmental ni berasal dari Switzerland dan merupakan salah satu keju keras yang cukup popular di seluruh dunia. Keju ni mempunyai keunikan yang tersendiri kerana memiliki bentuk yang unik. Keju ni juga banyak diminati ramai orang kerana rasanya yang lembut dan aromanya yang lazat. Ia dibuat menggunakan susu lembu. Proses pematangan keju ni dibuat kat tempat yang sejuk dan mengambil masa selama dua minggu.

Keju Gouda

Keju Gouda ni berasal dari Belanda. Nama keju Gouda ni diambil sempena nama sebuah kota di Belanda iaitu Gouda. Keju ni merupakan keju kuning yang dibuat daripada susu lembu dan dipasarkan kat seluruh dunia. Gouda eksport mempunyai dua jenis iaitu Gouda muda yang berumur antara satu hingga enam bulan, berwarna kuning tua dan disaluti dengan lilin parafin berwarna merah atau kuning. Keju ini mudah dipotong dengan alat pemotong keju. Gouda eksport yang lebih tua pula memiliki rasa pahit tersembunyi yang tajam, namun masih dianggap lebih berkrim. Ia sukar dipotong dengan alat pemotong keju, sebaliknya dengan menggunakan pisau atau disajikan dalam potongan dadu.

Amacam? Terliur ke tak? Banyak masakan yang korang boleh buat dengan menggunakan keju atau cheese ni.

Nanti kalau ada masa, Abang Bob bagi senarai masakan berkeju apa yang sedap untuk korang.

Baca artikel ini: Dulu Indah Sekarang Hancur. 10 Lokasi Pelancongan Popular Terpaksa Di Tutup

Raja Lepak

Read Previous

Taman Tema Mimaland Dulu Gah Kini Jadi Tempat Berhantu?

Read Next

Pakai Krim Tiruan, Wanita Bertukar Jadi Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *