Kepelbagaian Laksa di Malaysia

Boleh dikatakan Abang Bob ni hantu laksa juga. Pantang kalau nampak orang jual laksa, berbungkus-bungkus Abang Bob beli.

Tak kisahlah laksa apa sekali pun. Tapi biasanya kalau sebut pasal laksa, mesti korang selalunya membayangkan laksa Penang.

Tapi laksa Penang bukan satu-satunya laksa yang wujud kat Malaysia yer. Ada banyak lagi laksa yang ada kat beberapa buah negeri. Rasa dan cara pembuatan laksa di negeri-negeri tersebut juga berbeza.

Keunikan rasa masam manis pada laksa membuatkan hidangan tu begitu unik. Jom Abang Bob nak perkenalkan kat korang laksa-laksa yang ada kat Malaysia.

Laksa Penang/Asam Laksa

Laksa Penang atau juga dikenali sebagai asam laksa ni berasal dari Pulau Pinang. Laksa Penang ni mempunyai kuah yang agak cair. Tetapi rasanya tetap padat dengan isi ikan. Letak pula timun, bawang, daun salad, nanas dan diperah sedikit dengan limau kasturi. Perghh! Memang terangkat!

Laksa Kedah

Laksa Kedah mempunyai rupa yang sama seakan-akan laksa Penang. Tapi bezanya, laksa Kedah tidak semasam seperti kuah laksa Penang. 

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis ni kuahnya agak pekat berbanding dengan Laksa Penang. Walaupun tak banyak campuran, tapi rasanya tetap menarik. Ikan segar yang mudah didapati kat negeri paling hujung di utara tu membuatkan orang ramai sanggup ke Kuala Perlis untuk menikmati laksa ini. Ada yang dah pernah try ke?

Laksam

Laksam ni pun dikategorikan sebagai keluarga laksa juga. Laksam berasal dari Kelantan. Kuahnya sedikit pekat dan kaya dengan rasa ikan. Keunikannya ialah ia menggunakan gulungan tepung beras yang dimasak sendiri!

Laksa Kelantan

Rupanya sama seperti laksam dan berkuah putih. Tetapi laksa Kelantan menggunakan mi laksa beras dan berasa kenyal apabila dikunyah.

Baca artikel ini: Nasi Tumpang (Tupe) Dan Nasi Tumpeng. Apa Bezanya?

Laksa Terengganu/Laksa Putih

Laksa Terengganu atau laksa putih ni memiliki kuah yang sedikit cair berbanding laksam dan laksa Kelantan. Tapi mi laksanya tetap sama iaitu menggunakan laksa beras. Laksa Terengganu ni selalunya dimakan dengan sambal merah. Memang power!

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak ini agak berbeza dengan laksa yang ada di semenanjung. Sebabnya, laksa Sarawak menggunakan air rebusan ayam dan udang sebagai kuahnya. Laksa Sarawak mempunyai pes yang tersendiri dan mi yang digunakan ialah mihun.

Laksa Johor

Laksa Johor pula, mi laksanya menggunakan spaghetti. Manakala kuahnya pula seakan kuah Bolognese. Laksa Johor dimakan dengan hirisan timun, bawang, telur rebus, taugeh, lobak masin dan sambal merah. Memang unik!

Kari Laksa

Kari laksa ni berasal dari Melaka. Selain disebut kari laksa, makanan ini juga dikenali sebagai Laksa Nyonya. Kari laksa ini menggunakan mi kuning dan kuahnya sangat berlemak dan pedas kerana menggunakan santan. Kari laksa sedap dimakan dengan tauhu kering. Di dalam kuahnya pula diletakkan isi ayam, telur dan taugeh untuk melengkapkan hidangan ini.

Laksa Singapura

Laksa Singapura ini seakan kari laksa tetapi ada keunikannya tersendiri. Laksa Singapura ini dilengkapi dengan sayur tauhu, kerang dan sambal. Kuahnya yang berkrim dan berlemak membuatkan korang rasa nak tambah lagi semangkuk lagi.

Abang Bob bercerita ni, tekak meronta nak makan laksa sekarang. Boleh dikatakan semua laksa kat atas tu Abang Bob dah pernah try. Sumpah memang sedap! Korang terliur ke idok?

Baca artikel ini: 10 Makanan Malaysia Jadi Buruan Pelancong Luar Negara

Raja Lepak

Read Previous

Janda Kaya Bunuh 650 Orang Wanita Untuk Cantik

Read Next

Seram! 6 Rumah Paling Berhantu Di Seluruh Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *