Peti Besi Bank Dijadikan Kedai Buku

SAMSUNG CSC

Melangkah masuk ke BookXcess Ipoh, keadaannya memang agak sempit, tiada pilihan buku yang banyak dan terasa tiada apa yang menarik, tidak seperti outlet mereka di Setia Alam yang viral semenjak dua menjak ini.

Tetapi, ternyata kesemua vibe-vibe negatif tadi hilang selepas menjumpai tangga untuk ke tingkat bawah bangunan yang terletak di Kong Heng Square, Ipoh ini. Tingkat bawah BookXcess Ipoh ni sebenarnya adalah peti besi sebuah bank!

Kredit: MalayMail

Difahamkan, peti besi ini telah berada di sini sejak tahun 80-an lagi tau dan ia adalah kepunyaan United Asian Bank dan dikhabarkan bank ini merupakan bank yang paling sibuk semasa ia masih beroperasi di Ipoh pada zaman tersebut.

Reka bentuk binaan asal bank dikekalkan selain mengekalkan kemasan dalaman seperti jubin lantai, bentuk asal dan paling menarik peti besi klasik yang ada di tingkat bawah bangunan ini. Perkara yang membuatkan ia adalah sangat ‘rare’ kerana peti besi dan bilik kebal ini adalah unit yang asal (bukan replika).

Kredit: 12fly

Selain kisah sejarah bank yang ditukar menjadi sebuah kedai buku ini, di tingkat bawah BookXcess Ipoh juga terdapat sebuah muzium mini bagi memaparkan karya – karya seni Yasmin Ahmad yang dikenali sebagai Yasmin At Kong Heng.

Di sini, terdapat gambar-gambar yang diambil oleh Allahyarham Yasmin Ahmad juga beberapa ‘quotes’ yang sering beliau gunakan. Tayangan filem-filem beliau seperti Sepet, Gubra dan lain-lain juga sentiasa dipertontonkan selain iklan-iklan Petronas yang diarahkan oleh beliau.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/11/07/node-4795/69711073_638496206559158_3630221266134237184_n.jpg?itok=t_8wmQPk
Kredit: malaymail

Oh ya! komputer kegunaan Yasmin juga ada dipamerkan di sini tau! Nilainya agak estetik kerana di sinilah beliau menyimpan idea-idea serta salinan skrip filem seperti Sepet dan sebagainya.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/11/07/node-4795/DSC02348.JPG?itok=s6dn6oqX

Menarik kan? Kalau anda ada rancangan ke Ipoh lepas PKP nanti, singgahlah di BookXcess Kong Heng ni. Rugi kalau tak singgah.

Artikel berkaitan:
Biar Betik Malaysia Ada Tempat Setaraf Sungai Amazon?
Taman Tasik Elmina, Tempat Baru ‘OOTD’ Terbaik di Selangor

Raja Lepak

Read Previous

Nak Cabar Diri! Jom Bertemu Hantu di Kellie Castle

Read Next

Aktiviti ‘Memukau Mata’ Anda Boleh Lakukan di Tasik Kenyir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *