Tiap kali tiba bulan puasa, mesti korang teringin nak menikmati makanan-makanan tertentu semasa berbuka. Abang Bob sendiri pelik sebenarnya sebab boleh dikatakan, makanan itu korang boleh jumpa kat mana-mana pasar malam. Tapi ntah kenapa, setiap kali menjelang puasa, makanan-makanan tersebut menjadi popular sehingga sinonim menjadi juadah sewaktu berbuka. So kat sini Abang Bob akan senaraikan 8 makanan paling popular sewaktu bulan puasa.
1. Murtabak
Siapa yang tidak kenal dengan murtabak. Pengaruh daripada Timur Tengah yang telah sebati dengan cita rasa orang Malaysia. Murtabak biasanya disediakan dengan daging atau ayam cincang dan dimasak dengan telur, bawang putih, dan bawang. Cara penyediaannya sama seperti membuat roti canai, cuma ia ditambah dengan inti yang disebutkan tadi kat dalamnya. Murtabak digoreng di atas kuali rata sehingga perang keemasan dan biasanya dimakan bersama jeruk bawang berwarna merah.
2. Roti John
Roti John adalah makanan yang sangat mudah untuk disediakan di rumah. Tetapi, apabila tiba musim bulan Ramadhan, keinginan untuk makan makanan ini sangatlah terasa. Membayangkan kari daging bersalut telur, ditambah dengan sos cili dan mayonis perghh! Tidak boleh menafikan kenikmatannya.
3. Ayam percik
Siapa yang tidak pernah makan ayam percik merupakan seseorang yang sangat rugi! Kerana ayam percik merupakan salah satu makanan yang sangat istimewa yang perlu ada semasa bulan Ramadhan. Proses penyediaan yang sukar dan leceh membuatkan makanan ini sangat istimewa. Dimakan pula dengan kuah kacang yang menyelerakan.
Baca artikel ini: Makan Kaki Ayam Kalau Nak Kulit Cantik
5. Aneka kuih dan muih
Kuih yang sangat istimewa pada bulan Ramadhan adalah seperti kuih pulut panggang, kuih cara, akok, badak berendam, puteri mandi, tepung talam, talam ubi, nona, onde-onde, bingka, tepung pelita dan banyak lagi!
6. Nasi tomato & ayam masak merah
Nasi merupakan makanan yang paling dekat dengan rakyat Malaysia, kalau tak makan nasi dalam sehari boleh dikatakan tidak sempurnalah hari. Waktu bulan puasa, mesti timbul keinginan nak makan pelbagai jenis nasi. Antaranya seperti nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu dan nasi dagang. Tapi yang paling ramai orang minat iaitu nasi tomato beserta dengan ayam masak merah. Nyumm!
7. Laksa
Bila sebut sahaja pasal laksa, pasti terbayang bayangkan pelbagai jenis laksa yang ada kan? Laksa penang, laksa johor, laksa kedah, laksa serawak dan pelbagai lagi laksa yang lain. Kalau craving makan laksa pada bulan Ramadhan, terpaksalah keluar mencari. Tapi dalam keadaan sekarang nampaknya kena buat sendirilah. Antara sedap atau tidak je yang membezakan, hehe
8. Sate
Sate adalah juadah yang paling senang untuk di cari pada bulan Ramadhan, pergi sahaja di mana-mana pasti anda akan menjumpainya. Daripada sate daging, sate ayam sehinggalah kepada sate kambing dan dihidangkan bersama dengan kuah kacang. Pehh, lagilah sedap!
9. Kebab
Kebab menjadi salah satu juadah yang dicari-cari semasa bulan puasa walaupun bersepah korang boleh dapat kebab kat mana-mana. Disebabkan ia dipanggang selapis demi selapis, dagingnya empuk dan tidak terlebih masak. Ia biasanya diapit dalam roti pita yang suam dan lembut di samping sayuran dan sos cili serta mayonis.
So itulah antara juadah biasa yang tiba-tiba menjadi luar biasa semasa bulan puasa. Abang Bob sendiri tak dapat nafikan memang makanan yang dinyatakan itu sangat istimewa dan dekat dengan selesa semasa bulan puasa.
Baca artikel ini: 5 Idea Masakan Berasaskan Petai