Biar benar bayi dinamakan Corona dan Covid? Namun, ianya kenyataan gaiss di mana sepasang suami isteri di India menggunakan nama tersebut sempena kelahiran bayi kembarnya dalam suasana ‘lockdown’ sedang dikuatkuasakan di negara itu susulan penularan pandemik Covid-19.
Menurut Daily Mail, bayi kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu dan nama Corona serta Covid itu dipilih oleh pasangan tersebut sebagai melambangkan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.
Ibu kepada bayi kembar tersebut yang dikenali sebagai Verma tidak menyangka dua anaknya itu berjaya dilahirkan selepas mengharungi segala dugaan menyebabkan dia dan suami mengambil keputusan menamakan anak mereka dengan nama Corona dan Covid.
Ia sebagai tanda kenangan yang tidak akan mereka lupakan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.
Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain. Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini.
Verma
Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara ‘caesar’ dengan beberapa komplikasi namun apa yang menyedihkan buat Hamka pasangan tersebut berkemungkinan menukar kembali nama anak itu nanti.
Apa pendapat korang! Kalau Hamka memang tak mahu lah letak nama virus ni. Bak kata orang-orang tua letak anak biar nama membawa pada positif bukannya negatif… Karang letak Covid asyik demam jer pula anak Hamka karang… hehee…
Artikel berkaitan
Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19
Ini ‘Rare’! Pengantin Pakai Baju Hujan Waktu Akad Nikah