Kadang-kadang Hamka terfikir bagaimana nasib orang yang putus punca rezeki disebabkan Covid-19 namun rupanya di dunia ini ramai lagi manusia yang berhati mulia menghulur bantuan kepada golongan memerlukan. Ini dibuktikan dengan tindakan rakyat Turki yang memberi bantuan makanan kepada kejiranan di mana mereka meletakkan barangan tersebut di atas jalan raya buat bagi mengekang jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).
Tindakan murni mereka menarik perhatian dunia apabila video dimuat naik pelayar Twitter, CJ Werleman yang kini Hamka tengok tular di laman sosial di mana telah 124,000 masyarakat dunia telah melihatnya.
Namun, jangan salah anggap ini bukanlah pembelian panik tau namun sebaliknya orang Turki meninggalkan makanan di jalan-jalan dengan susunan jarak sekurang-kurangnya semeter untuk diagihkan kepada golongan kurang mampu.
Hamka difahamkan, orang ramai akan ambil barangan tersebut satu persatu bagi mengekalkan jarak sosial mereka. Sebak Hamka melihat sikap terpuji rakyat Turki meskipun negara dilanda wabak Covid-19, mereka tetap laksanakan kebajikan untuk orang-orang susah di sana.
Memang betul lah rakyat Turki ini terkenal dengan sikap yang suka tolong-menolong di mana mereka suka membantu dan amat menyambut pelancong yang datang ke negara mereka. Serius tak tipu korang, Mereka ini akan layan korang seperti keluarga korang.
Turki kini merekodkan 37 kematian semalam akibat Covid-19 dan jumlah kes disahkan positif seramai 1,529 orang. Jumlah yang direkodkan agak tinggi berbanding kita dan Dang harap jumlah kematian kita tidak mencapai seramai ini.
Terbaik kan korang cara mereka ini. Hamka memang kagum dengan cara yang dilakukan mereka bagi membantu orang susah supaya mereka ini tidak kelaparan ketika Covid-19. Kalau korang nak buat begini dekat Malaysia, jangan korang sebab kita digalakkan duduk rumah. Jadi, just stay home korang dan sentiasa kekal sihat di rumah.
Artikel berkaitan
Tak perlu ‘Salam Keruk’, Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Trending Sempena Covid-19
Konvokesyen Di UNNES, Graduan Perlu ‘Sembur Dulu Sebelum Salam’ Demi Cegah Covid-19