Pernah dengar kisah pasal legenda hantu paya Taman Dobbin? Kalau korang nak tahu, kisah hantu paya ini adalah kisah hantu popular dekat Kanada.
Dekat Taman Dobbin yang terletak di Bell Island, Newfoundland dan Labrador ada sebuah paya yang dikatakan berhantu.
Penduduk kat sekitar Kawasan tu memang cukup gerun dengan paya tersebut dan mereka semua tidak dibenarkan untuk datang ke taman tu selepas pukul 6 petang.
Dulu ada satu peristiwa yang berlaku kat paya tersebut sehingga menyebabkan paya tu berpuaka. Menurut orang yang dah tinggal lama kat situ, kisah hantu paya Taman Dobbin bukan kisah dongeng semata-mata sebaliknya cerita itu berdasarkan kisah kehilangan seorang gadis yang dipercayai dibunuh dekat Kawasan tu pada sekitar tahun 1940-an.
Ceritanya begini, dulu ada seorang gadis yang berasal dari Carbonear telah bekerja sebagai pembantu rumah kat salah sebuah kediaman mewah di Wabana, Bell Island.
Sebab dia sangat cantik, so perempuan-perempuan yang ada kat situ tersangatlah cemburu dengannya. Sebab masing-masing jeles dan dengki, gadis tu telah difitnah sebagai wanita murahan, perampas suami orang dan telah menjalinkan hubungan sulit dengan ramai lelaki.
Nak tahu tak guys apa yang jadi? Gadis malang itu telah dibelasah dengan teruk dan ditolak ke dalam paya sebelum dia mati lemas.
Sebelum dia mati, gadis malang tu sempat bersumpah bahawa, sesiapa yang mendekati paya itu akan mati bersamanya.
“Tiada siapa datang menolong ketika saya mati di sini, sekarang tiada siapa yang akan menolong kamu, jadi kamu rasakan apa yang saya rasa saat saya terkubur di sini.” Ungkap gadis malang itu.
Penduduk kat situ menggelarkan hantu tersebut sebagai The Hag dan The Swamp Hag dan hantu tu digambarkan dalam keadaan mereput dan menakutkan.
Nak lebih tepat lagi, hantu gadis tu dikatakan mempunyai wajah seakan ahli sihir yang tua dan hodoh, rambutnya dipenuhi lumpur dan wajahnya berlubang-lubang.
Orang orang kat situ mendakwa pernah ternampak hantu gadis malang tu dalam keadaan bertengkorak dan giginya berwarna hitam. Mulutnya pula dipenuhi lumpur sebab dia mati dalam paya tersebut.
Dikatakan roh The Hag akan bangkit pada setiap malam dan akan menyerang sesiapa sahaja yang bersendirian kat Taman Dobbin.
Masa dia muncul, hantu tu akan menjelma sebagai seorang wanita yang cantik dan berpakaian serba putih dan apabila semakin dekat wajahnya serta-merta akan berubah menjadi buruh manakala bajunya pula buruk.
Saksi yang pernah melihat hantu tu cakap, bau hantu tu sangat busuk, iaitu 10 kali ganda lebih teruk daripada telur busuk.
Sebab bau yang terlalu busuk itulah yang menyebabkan kebanyakkan mangsanya akan pengsan. Sebab sesak nafas.
Kisah hantu The Hag ni pun pernah dibukukan. Tajuk buku tu ialah Haunted Canada 6: More Terrifying True Stories karya Joel A. Sutherland.
Sejak tahun 1943, lebih daripada 24 orang lelaki telah dijumpai mati kat Taman Dobbin tu. Semua mangsa yang ditemui berada dalam keadaan berlumuran selut dan berbau lumpur. Seorang wanita bernama Mary Delaney mendakwa, dia pernah nampak kelibat seorang gadis berjalan seorang diri kat situ pada waktu malam.
Mula-mula gadis tu berjalan kat hadapannya, tapi ntah macam mana, gadis tu tiba-tiba boleh berada kat belakangnya pula sebelum hilang.
So, itulah dia serba sedikit cerita tentang kisah hantu seorang gadis yang dibunuh kejam dekat paya di Taman Dobbin.
Sekarang ni Abang Bob nak tanya, kenapa kalau cerita hantu, mesti si hantu tu nak balas dendam, dia bunuh semua orang yang tak terlibat pun dengan kematian dia? Jahat betul.